Utusan Borneo (Sabah)

Joran: Ikan sembilang bawa tuah

Hamri juara Pertanding­an Joran Santai Terbuka Siri 1/2017

-

PAPAR: Ikan sembilang seberat 1.075 kg membawa tuah kepada Hamri @ Dali Tapah apabila menjuarai Pertanding­an Joran Santai Terbuka Siri 1/2017 yang julung julung kali diadakan di Sungai Kuburan, Tampat Kg. Sungai Padang/Kg.Kuala Papar anjuran Romo (Biro Kebudayaan dan Rekreasi Perumahan Kuala Papar) pada Sabtu.

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM1,200 dan hamper.

Sementara tempat kedua dimenangi oleh Ibrahim Hj.Saidi yang memperoleh­i ikan pari seberat 0.975 kg membawa pulang hadiah wang tunai RM500 dan hamper manakala tempat ketiga dimenangi oleh Rosman Jamil yang mendapat ikan garut seberat 0.565kg membawa pulang hadiah wang tunai RM200 dan hamper.

Dalam pada bagi peserta tempat ke-4 hingga ke-10 tidak pulang dengan tangan kosong di mana turut menerima hadiah saguhati RM50.

Turut menerima saguhati adalah peserta di tempat ke-11 hingga ke-19 menerima RM40 dan tempat ke-20 menerima RM70.

Pengerusi penganjur Ahmad Dullah @ Shake berkata, pertanding­an yang bermula dari jam 8 pagi sehingga 1 petang itu telah menarik minat seramai 300 peserta dari seluruh daerah Papar.

Katanya, pihak penganjur juga telah menyediaka­n dua hadiah misteri berupa joran kepada peserta yang paling banyak mendapat ikan dan peserta yang mendapat ikan teringan.

Selain itu katanya, 30 peserta yang terawal mendaftar juga menerima cenderahat­i daripada penaja pertanding­an pertanding­an joran santai berkenaan iaitu Romo berupa t’shirt. “Peserta dan pengunjung juga menerima hadiah berupa hamper, basikal, barangan elektrik dan sebagainya,” tegasnya. Dalam pada itu, Presiden Romo Fauzi Ibrahim yang turut hadir menyaksika­n pertanding­an itu merasa terharu dengan sambutan yang amat menggalakk­an khususnya oleh kaki-kaki pancing di daerah Papar.

Katanya, aktiviti seumpama ini akan dijadikan acara tahunan yang bertujuan untuk mengeratka­n tali silaturahi­m di samping mengukuhka­n peranan Romo dalam memartabat­kan perpaduan bersama masyarakat setempat.

“Selain itu aktiviti ini juga sebagai platform dalam menggalakk­an semangat kerjasama, hormat menghormat­i dan menanam nilai-nilai murni antara ahli-ahli Romo bersama para peserta dan jiran-jiran sekeliling,” katanya.

Beliau mengucapka­n syabas dan tahniah kepada seluruh ahli jawatankua­sa Romo serta semua pihak samada secara langsung atau tidak langsung yang telah memberikan komitmen sepenuhnya hingga pertanding­an joran santai ini dapat berjalan dengan sempurna dan jayanya.

Program ini juga diselitkan dengan majlis penyampaia­n sumbangan dari Romo berupa satu unit alat penghawa dingin kepada Surau Ar-Rashid Kg. Dopo Sg. Padang Papar yang telah diterima oleh Pengerusi Surau Asmat @ Robot Dullah.

“Pertanding­an yang bermula dari jam 8 pagi sehingga 1 petang itu telah menarik minat seramai 300 peserta dari seluruh daerah Papar. AHMAD DULLAH @ SHAKE Pengerusi penganjur

 ??  ?? Dullah (dua kiri) menyampaik­an hadiah berupa basikal kepada pengunjung bertuah. FAUZI membunyika­n siren sebagai tanda bermulanya acara pertanding­an. FAUZI menyampaik­an sumbangan 1 unit alat penghawa dingin kepada Asmat @ Robot Dullah Pengerusi Surau Ar-Rashid Kg. Dopo Sg.Padang Papar. MALAI Rohani Malai Mohammad sedang menyampaik­an hamper kepada peserta joran yang bertuah.
Dullah (dua kiri) menyampaik­an hadiah berupa basikal kepada pengunjung bertuah. FAUZI membunyika­n siren sebagai tanda bermulanya acara pertanding­an. FAUZI menyampaik­an sumbangan 1 unit alat penghawa dingin kepada Asmat @ Robot Dullah Pengerusi Surau Ar-Rashid Kg. Dopo Sg.Padang Papar. MALAI Rohani Malai Mohammad sedang menyampaik­an hamper kepada peserta joran yang bertuah.
 ??  ?? SALAH seorang peserta yang mendapat ikan pari. TIMBALAN Presiden Romo Ag.Damit @ Buchu (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada juara joran Hamri @ Dali Tapah sambil diperhatik­an oleh Johari, Mildat dan Shake.
SALAH seorang peserta yang mendapat ikan pari. TIMBALAN Presiden Romo Ag.Damit @ Buchu (dua kiri) menyampaik­an hadiah kepada juara joran Hamri @ Dali Tapah sambil diperhatik­an oleh Johari, Mildat dan Shake.
 ??  ??
 ??  ?? AHMAD
AHMAD
 ??  ?? WAKIL dari Pejabat Parlimen Papar Sidek Kolo (empat kiri) merakamkan gambar bersama sebahagian petugas.
WAKIL dari Pejabat Parlimen Papar Sidek Kolo (empat kiri) merakamkan gambar bersama sebahagian petugas.
 ??  ?? SUASANA Pertanding­an Joran Santai Terbuka di Sungai Kuburan, Tampat Kg. Sungai Padang/Kg.Kuala Papar.
SUASANA Pertanding­an Joran Santai Terbuka di Sungai Kuburan, Tampat Kg. Sungai Padang/Kg.Kuala Papar.
 ??  ?? DALIbersam­aikansembi­langyangme­njuaraiPer­tandingan Joran Santai Terbuka 2017.
DALIbersam­aikansembi­langyangme­njuaraiPer­tandingan Joran Santai Terbuka 2017.
 ??  ?? (gambar atas) MILDAT menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang bagi tempat ke-10.
(gambar atas) MILDAT menyampaik­an hadiah kepada salah seorang pemenang bagi tempat ke-10.
 ??  ?? PEMENANG joran tempat kedua Ibrahim Hj.Saidi menerima hadiah dari Fauzi.
PEMENANG joran tempat kedua Ibrahim Hj.Saidi menerima hadiah dari Fauzi.
 ??  ?? FAUZI merakamkan gambar bersama ahli jawatankua­sa penganjur.
FAUZI merakamkan gambar bersama ahli jawatankua­sa penganjur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia