Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja kilang diarah bela diri, tuduhan bunuh kanak-kanak 3 tahun

Tuduhan bunuh kanak-kanak 3 tahun di Beaufort

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Tinggi di sini, memerintah­kan seorang pekerja kilang membela dirinya pada 2 Mac tahun ini, atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad menyampaik­an keputusan itu terhadap Mohd Saifulriza­n Sainan, 34, selepas kes berkenaan di peringkat akhir pendakwaan.

Mahkamah dalam penghakima­n itu, mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktika­n kes prima facie terhadap tertuduh yang diwakili peguam Ram Singh.

Mohd Saifulriza­n seorang kelainan upaya, didakwa membunuh kanak-kanak berkenaan pada 21 November 2014 jam 7 pagi, di sebatang anak sungai, Kampung Jempangah, di daerah Beaufort.

Sekiranya disabitkan bersalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, boleh dikenakan hukuman gantung mandatori.

Dalam pada itu, tertuduh memilih untuk memberikan keterangan bersumpah di dalam kandang saksi semasa pembelaan itu nanti.

Ketika disoal mahkamah berapakah saksi yang akan dipanggil, Ram menyatakan hanya tertuduh seorang sahaja.

Kini tertuduh terus direman mengikut Seksyen 259 Kaedah Tatacara Jenayah sehingga kes berkenaan selesai. Pendakwaan itu dikendalik­an Timbalan Pendakwara­ya Gan Peng Kun.

 ??  ?? SAIFULRIZA­N (kanan) bersama peguamnya Ram (kiri) di luar mahkamah.
SAIFULRIZA­N (kanan) bersama peguamnya Ram (kiri) di luar mahkamah.
 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia