Utusan Borneo (Sabah)

APMM teruskan SAR hari ke-26, sembilan aset digerakkan

Sembilan aset digerakkan, kawasan pencarian diperluask­an lagi

-

Kita difahamkan situasi di sektor pencarian pada sebelah pagi berada dalam keadaan baik dan keadaan ini diharap akan berpanjang­an bagi membantu melancarka­n operasi di perairan

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) meneruskan operasi mencari dan menyelamat (SAR) lima mangsa masih hilang dalam kejadian bot katamaran karam di Pulau Mengalum 28 Januari lalu.

Pengarah Maritim Wilayah Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim Zubil Mat Som berkata usaha pencarian masih diteruskan dan sehingga kini tiada sebarang petunjuk baharu yang ditemukan oleh pasukan SAR.

LAKSAMANA PERTAMA MARITIM ZUBIL MAT SOM

“Walaupun tiada sebarang petunjuk yang ditemui dalam operasi sebelum ini, kita tetap akan melaksanak­an operasi SAR sehingga mendapat arahan lanjut daripada pihak atasan.

“Kita difahamkan situasi di sektor pencarian pada sebelah pagi berada dalam keadaan baik dan keadaan ini diharap akan berpanjang­an bagi membantu melancarka­n operasi di perairan,” katanya di sini kelmarin.

Menurutnya operasi SAR hari ke-26 diperluas meliputi 300 batu nautika persegi di perairan Sabah, Miri dan Brunei dengan pembahagia­n enam sektor pencarian masing-masing.

“Lima aset daripada APMM, Pasukan Gerakan Marin (PPM) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) digerakkan di perairan Sabah manakala dua aset iaitu Kilat 42 dan Kapal Diraja Brunei (KDB) Daruttaqwa digerakkan di Miri dan Brunei,” katanya.

Pada 28 Januari lalu, 28 pelancong dan tiga anak kapal meninggalk­an Jeti Tanjung Aru ke Pulau Mengalum pada jam 9 pagi menaiki sebuah bot katamaran, bagaimanap­un bot berkenaan dilaporkan karam selepas dipukul ombak di sekitar perairan Pulau Mengalum kirakira jam 11 pagi.

 ??  ??
 ?? Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS ??
Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia