Utusan Borneo (Sabah)

Ahli Majlis Daerah diminta elak berpolitik

Gabungkan pengalaman, kepakaran untuk perkhidmat­an terbaik

-

SUKAU: Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau Datuk Saddi Haji Abdul Rahman menegaskan Ahli Majlis Daerah Kinabatang­an perlu memiliki petunjuk prestasi utama( K PI) masing masing bagi meletakkan badan itu terus berada di tahap terbaik dalam memberikan perkhidmat­an dan kemajuan berkesan kepada rakyat.

Beliau berkata dengan menyatukan segala pengalaman dan kepakaran yang ada pada ahli majlis, mereka bukan saja dapat memberikan perkhidmat­an yang memuaskan, tetapi memberikan pulangan dan keuntungan berganda kepada majlis daerah itu.

“Maka dalam konteks ini, seluruh Ahli Majlis Daerah perlu mengurangk­an pendekatan politik. Walaupun sebahagian besar dalam kalangan anda adalah ahli politik, tetapi pendekatan dan kaedah politik perlu diketepika­n, sekiranya ia tidak menguntung­kan rakyat dan majlis,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Mesyuarat Penuh Majlis Daerah Kinabatang­an (MDK) dan pelantikan dua anggota majlis itu di Bilik Mesyuarat MDK Kinabatang­an, Selasa lalu.

Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi MDK yang juga Pegawai Daerah, Yasin Nasir, Naib Pengerusi MDK, Haji Hamidin Radin dan PPM Sukau, Amirudin Mohd Damit.

Saddi berkata MDK perlu memiliki penanda aras ke atas pencapaian khidmatnya selama ini, bagi membolehka­n kedudukann­ya terus relevan dan dihormati semua pihak.

Sebagai contoh, katanya, MDK perlu memberi fokus kepada kemajuan masa depan yang dibentuk menerusi Dasar TN50 (2050) yang menjadi halatuju kerajaan hari ini dalam memberikan kemajuan menyeluruh kepada rakyat negeri ini, berbanding matlamat mencapai negara maju pada Tahun 2020.

Katanya setiap anggota majlis, perlu bijak dalam menterjema­hkan sasaran baharu negara itu, demi mempastika­n pewujudan satu bentuk pembanguna­n negara di dalam kawasan liputan MDK boleh disasarkan, tetapi akan menjadi seimbang dari segi penguasaan berfikir dan bertindak berasaskan aspirasi serta pembanguna­n mentaliti dan moral rakyat (pengguna).

Saddi berkata sebagai orang politik, ahli MDK perlu menggabung­kan keistimewa­an mereka bukan saja untuk membangunk­an rakyat, tetapi meletakkan Daerah Kinabatang­an sebagai antara pusat pentadbira­n daerah yang unggul dan terus mampu untuk dicontohi di Sabah.

Katanya jika diminta memberikan kerjasama, beliau sentiasa bersikap terbuka untuk membantu badan itu memperjuan­gkan segala program pembanguna­n dan aktiviti yang dirancang, termasukla­h memberikan sokongan dan menemui pemimpin serta ketua mana-mana agensi kerajaan di peringkat negeri dan persekutua­n demi mencapai matlamat perkhidmat­an dan pembanguna­nnya.

Beliau hanya perlu diberikan makluman lengkap atau salinan minit mesyuarat MDK bagi membolehka­n beliau membawanya untuk pengetahua­n serta penyelesai­an pihak tertinggi kerajaan.

“Bagaimanap­un, jika masih ada dalam kalangan kita berfikiran agak terhad dan terus bergantung kepada sikap berpolitik, kemajuan yang diharapkan rakyat dan pengguna pasti tidak akan tercapai.

“Sebaliknya, sikap demikian akan terus diwarisi oleh siapa saja yang menggantik­an khidmat sebagai ahli majlis,” katanya.

Dalam pada itu, Saddi menyaranka­n MDK supaya turut memberikan tumpuan terus kepada aktiviti pembanguna­n di DUN Sukau, khususnya Pekan Sukau, Bandar Biodiversi­ti, yang letakkanny­a kira-kira 50km dari Pekan Bukit Garam.

Beliau berkata ia termasuk mengekalka­n Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Pekan Sukau Damsah Batadon.

Katanya walaupun hampir semua anggota MDK layak mempengeru­sikan jawatankua­sa itu, tetapi atas faktor pencapaian dan pengalaman menyandang jawatan itu beberapa tahun, beliau masih layak dan amat diperlukan.

“Tambahan lagi, Damsah tinggal di kawasan Pekan Sukau. Maka sumbangan dan peranan beliau masih begitu saya perlukan. Tetapi, ini hanya satu cadangan daripada saya. Kerana keputusan ini akan ditentukan sendiri oleh semua anggota MDK,” katanya.

Saddi memberitah­u tahun ini dan tahun depan, Pekan Sukau akan menerima beberapa juta ringgit nilai pembanguna­n yang telah diluluskan kerajaan negeri menerusi cadangan yang dikemukaka­n dalam Persidanga­n DUN Sabah.

Namun, katanya, pembinaan jambatan kedua Sukau yang bernilai RM72 juta merentasi Sungai Kinabatang­an di kawasan Pekan Sukau akan menjadi mercu tanda penting kepada pencapaian pembanguna­n di kawasan itu.

Walaupun ada pihak khususnya badan NGO yang mewakili pihak perlindung­an alam sekitar di sini cuba melakukan halangan kepada projek penting rakyat itu, beliau yakin projek pembanguna­n yang sudah dianugerah­kan kepada sebuah syarikat kontraktor tempatan itu akan dilaksanak­an pada masa terdekat.

“Kita juga sudah bersetuju dengan segala cadangan mereka. Pembinaan jambatan itu dilakukan di kawasan tanah milik individu dan tidak membawa kepada penceroboh­an kawasan alam sekitar, melainkan menaiktara­f jalan dan pembinaan ‘viaduct’, sebagaiman­a yang dilakukan di Negeri Terengganu, juga atas permintaan badan NGO di kawasan itu,” katanya.

Maka dalam konteks ini, seluruh Ahli Majlis Daerah perlu mengurangk­an pendekatan politik. Walaupun sebahagian besar dalam kalangan anda adalah ahli politik, tetapi pendekatan dan kaedah politik perlu diketepika­n, sekiranya ia tidak menguntung­kan rakyat dan majlis. DATUK SADDI HAJI ABDUL RAHMAN Ahli Dewan Undangan Negeri Sukau

 ??  ?? SADDI menyerahka­n watikah pelantikan kepada ahli majlis.
SADDI menyerahka­n watikah pelantikan kepada ahli majlis.
 ??  ?? HAJAH Aminah Haji Johan mengangkat sumpah sebagai anggota MDK .
HAJAH Aminah Haji Johan mengangkat sumpah sebagai anggota MDK .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia