Utusan Borneo (Sabah)

805 pelajar di Kalabakan terima bantuan BKAP1M

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seramai 805 penerima fasa pertama Bantuan Khas Awal Persekolah­an 1Malaysia (BKAP1M) 2017 dari tiga sekolah di Kalabakan selesai menerima bantuan masingmasi­ng.

Penyerahan melibatkan seramai 412 penerima dari SK Kalabakan, SK Ulu Kalabakan (46) dan SMK Ulu Kalabakan (347) di Dewan Terbuka SK Kalabakan, di sini, Selasa lalu.

Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abd Ghapur Salleh optimis bantuan itu berupaya membantu mengurangk­an beban ibu bapa menampung keperluan pendidikan anakanak.

“Kita percaya bantuan ini besar ertinya kepada ibu bapa memerlukan,” katanya menerusi teks ucapannya yang dibacakan oleh Naib Ketua Umno Bahagian Kalabakan Ismail Ait.

Beliau yang juga Ketua Umno Kalabakan berkata inisiatif kerajaan Barisan Nasional (BN) meneruskan bantuan itu juga adalah tanda usaha BN mengotakan janjinya.

Menurutnya seperti yang dibentangk­an di dalam Bajet 2017 oleh Perdana Menteri, penyerahan BKAP1M senada dengan usaha kerajaan meringanka­n beban ibu bapa.

“Pada kali ini, BKAP1M bernilai RM100 hanya diberikan kepada pelajar sekolah dari kalangan isi rumah berpendapa­tan RM3,000 ke bawah,” katanya.

Ghapur percaya bantuan terbabit amat bermanfaat khususnya dalam keadaan ketidakten­tuan ekonomi semasa dan faktor peningkata­n harga barang.

Katanya kerajaan menyedari masalah yang dihadapi ibu bapa setiap kali musim persekolah­an, sebab itu juga BKAP1M diteruskan walaupun Bajet 2017 diubahsuai.

“Mari bersama-sama kita menghargai usaha kerajaan yang membelanja­kan jumlah wang besar untuk meringanka­n beban perbelanja­an yang ditanggung ibu bapa,” katanya.

Beliau juga besar harapan kerajaan bahawa segala jenis bantuan yang disalurkan dapat menjadi pemangkin kecemerlan­gan pelajar dalam akademik dan kokurikulu­m.

“Jangan jadikan alasan kewangan menyebabka­n anak-anak tercicir dalam persekolah­an dan malas untuk memajukan diri, kerana bantuan yang diberikan harus dimanfaatk­an.

“Mereka yang tidak berjaya selalunya banyak memberikan alasan berbanding membuat tindakan, tanamkan tekad dan iltizam untuk mencapai kejayaan,” katanya.

 ??  ?? ISMAIL menyerahka­n bantuan BKAP1M kepada salah seorang penerima sambil disaksikan tenagan pendidik dari SK Kalabakan, SK Ulu Kalabakan dan SMK Kalabakan.
ISMAIL menyerahka­n bantuan BKAP1M kepada salah seorang penerima sambil disaksikan tenagan pendidik dari SK Kalabakan, SK Ulu Kalabakan dan SMK Kalabakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia