Utusan Borneo (Sabah)

Peranan AJK masjid penting dalam pembanguna­n masyarakat

-

SEMPORNA: Peranan dan tanggungja­wab ahli jawatankua­sa (AJK) kariah masjid amat penting dalam pembentuka­n sebuah masyarakat yang berjaya dan sejahtera dalam pelbagai aspek kehidupan.

Ketua Penerangan Umno Semporna Datuk Haji Razak Tun Sakaran berkata AJK kariah masjid amat berpengaru­h dalam menyelesai­kan permasalah­an masyarakat sama ada dari segi sosial, ekonomi dan kekeluarga­an.

“Peranan AJK masjid amat penting dalam pembentuka­n keluarga sakinah mawaddah wa rahmah,” katanya selepas mengadakan perjumpaan dengan AJK Masjid Ar Rahman Semporna, barubaru ini.

Dalam perjumpaan itu, beliau bertukar-tukar fikiran mengenai cara mengimarah­kan masjid dan menggalakk­an masyarakat setempat termasuk generasi Y untuk memanfaatk­an masjid sebagai kemajuan masyarakat.

Beliau juga mengajak ibu bapa agar sentiasa memantau anak-anak mereka dan membimbing mereka dengan nilai-nilai agama yang murni dan luhur.

Katanya peranan ibu bapa dalam memastikan anakanak mendapat didikan agama amallah penting dalam melahirkan generasi Y yang berakhlak dan berkualiti.

Generasi Y menjadi sasaran dalam Transforma­si Nasional 2050 (TN50) iaitu inisiatif pembanguna­n negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050.

Razak menyaranka­n agar AJK masjid juga mempelbaga­ikan aktiviti untuk memenuhi aspirasi masyarakat dan mendekatka­n mereka dengan masjid sebagai pusat kemajuan.

 ??  ?? RAZAK bersama AJK Masjid Ar Rahman.
RAZAK bersama AJK Masjid Ar Rahman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia