Utusan Borneo (Sabah)

SK Benoni sapu bersih semua kategori majlis tilawah

-

BONGAWAN: Sekolah Kebangsaan (SK) Benoni menyapu bersih semua kategori yang dipertandi­ngkan sempena Majlis Tadarus Al-Quran Sekolah-Sekolah Kementeria­n Pendidikan Malaysia Peringkat Zon Benoni, Papar tahun ini yang berlangsun­g di SK Daingin, di sini, baru-baru ini.

Fakrul Mukminin Amirudin dan Dayangku Sharifah Mu’izah Agku Jali muncul johan qari dan qariah diikuti Amirul Aiman Amri Nur Syazana Amani Suhairi merangkul johan kategori hafazan.

Manakala Muhammad Danish Hafiezi Roslan dan Dgku Hasya Pg Hamidun johan pertanding­an bercerita kisah dari al-Quran.

Sementara itu, naib johan tilawah lelaki dimenangi oleh Muhamad Thaq’f Al-Hakim Noraddin dari SK Kelatuan dan tempat ketiga Awang Afiq Abrisham Ag Roslee dari SK Our Lady of Fatima.

Keputusan bagi tilawah perempuan naib johan disandang oleh Malai Nur Haziqah Malai Osman dari SK Our Lady of Fatima dan tempat ketiga Nur Syafiqah Suwardi dari SK Kelatuan.

Perasmian penutupan program tahunan bertemakan ‘Al-Quran Asas Penyatuan Ummah’ itu disempurna­kan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan Datuk Mohamad Alamin.

Dalam ucapan perasmiann­ya, beliau mengingatk­an umat Islam di daerah ini supaya berpanduka­n kepada ajaran al-Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian.

“Segala-galanya ada dalam al-Quran, pembimbing kita, kompas kita untuk bersatu padu. Selagi kita berpegang kepada dua perkara ini, kita tidak akan sesat selamanya.

“Guru agama mempunyai tanggungja­wab besar dalam memastikan anakanak didiknya mendapat bimbingan agama secukupnya. Sebaliknya, ibu bapa pula jangan terlalu mengharap guru 100 peratus untuk mendidik anak-anak,” katanya.

Sementara itu, dalam program berasingan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Bongawan Mohd Saidin Ibrahim merasmikan Majlis Tilawah al-Quran peringkat Zon Bongawan di SK Mandahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia