Utusan Borneo (Sabah)

98 sertai Program Advokasi Perintah Khidmat Masyarakat

-

KOTA KINABALU: Seramai 98 orang terdiri pegawai dan kakitangan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan menyertai Program Advokasi Perintah Khidmat Masyarakat anjuran Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah bersama Mahkamah Negeri Sabah di Mahkamah Terbuka/ Persekutua­n, di sini, barubaru ini.

Pengerusi penganjur merangkap Timbalan Pengarah, Jabatan Perkhidmat­an Kebajikan Am Sabah, Dg Rugayah Ag Besar berkata semua peserta adalah terdiri daripada pegawai dan kakitangan mahkamah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), jabatan agama, penjara dan kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Mereka adalah pihak yang berkepenti­ngan dengan JKM. Sebab itu, penting bagi JKM menganjurk­an program ini dengan menjemput semua ‘stakeholde­rs’. Tujuannya adalah untuk mengukuhka­n kefahaman mengenai Perintah Khidmat Masyarakat.

“Pada masa sama, kita juga ingin memaklumka­n kepada pegawai berkenaan tentang kepakaran yang dimiliki oleh pegawai JKM sekali gus memberi peluang pihak kami cara bagaimana membantu memulihkan pesalah muda dengan menggunaka­n kemahiran yang ada dan paling penting ialah menjaga hubungan baik,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata antara panel yang dijemput ialah Hakim Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu Ainul Shahrin Mohammad dan Majistret Kota Kinabalu Jessica Ombou Kakayun. Keduaduany­a menyampaik­an ceramah mengenai Perintah Khidmat Masyarakat daripada perspektif mahkamah.

Manakala, Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Peguam Negara, Negeri Sabah, Mohd Khairuddin Indris juga menyampaik­an ceramah yang sama tetapi daripada perspektif pendakwaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia