Utusan Borneo (Sabah)

Semua sekolah mesra pelajar OKU menjelang tahun 2020: Mahdzir

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Pendidikan menyasarka­n semua sekolah dinaik taraf dengan kemudahan mesra orang kelainan upaya (OKU) pada 2020, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Justeru, beliau berharap lebih banyak pihak swasta tampil menjalin kerjasama dengan kementeria­n bagi merealisas­ikan misi itu ke arah penyediaan akses dan ekuiti dalam pendidikan kepada murid berkeperlu­an khas.

“Kementeria­n sendiri mengambil tanggungja­wab menyediaka­n kemudahan (mesra OKU) di sekolahsek­olah baharu, tetapi untuk (sekolah) yang lama kita memerlukan rakan strategik untuk mendapatka­n pembiayaan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyaksika­n majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU) antara Kementeria­n Pendidikan dengan RHB Foundation mengenai kerjasama dalam penyediaan kemudahan mesra OKU di lima buah sekolah sekitar Lembah Klang.

Kerjasama itu memberi manfaat kepada 505 murid berkeperlu­an khas di Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Indah dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Perdana di Kuala Lumpur; SK Bukit Rimau dan Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional di Shah Alam; serta SMK Taman Desa 2, Rawang.

Pembiayaan berjumlah RM500,000 itu antara lain melibatkan kemudahan tandas, kawasan mengambil dan menurunkan pelajar serta susur tangan dan susur landai, dengan kesemuanya telah siap dibina pada tahun lepas.

Mahdzir berkata pemilihan sekolah untuk projek itu adalah berdasarka­n jumlah murid berkeperlu­an khas yang ramai di sekolah terbabit.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau berkata ketika ini, terdapat sejumlah 76,166 pelajar berkeperlu­an yang ditempatka­n di sekolah pendidikan khas,programpen­didikankha­sintegrasi dan program pendidikan inklusif di seluruh negara. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia