Utusan Borneo (Sabah)

Tuanku Aishah Rohani lawat Kampus USIM di Pandan Indah

-

SEREMBAN: Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud selaku Canselor Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) kelmarin berkenan berangkat ke Kampus USIM di Pandan Indah, Kuala Lumpur.

Turut berangkat anakanda baginda, Tunku Besar Seri Menanti Ali Redhauddin Tuanku Muhriz yang juga Pro-Canselor USIM.

Dalam satu kenyataan di sini, USIM berkata lawatan baginda itu bertujuan melihat secara dekat perkembang­an Kampus USIM di Pandan Indah selain beramah mesra dengan pelajar.

Sepanjang lawatan selama tiga jam itu, baginda berdua diiringi Naib Canselor Prof Datuk Dr Musa Ahmad.

Selain berkenan merasmikan Galeri Fakulti Pergigian, Tuanku Aishah Rohani melawat poliklinik pergigian pelajar, klinik pakar pergigian, makmal kemahiran, muzium anatomi dan ruang pembelajar­an.

Kampus USIM Pandan Indah yang menempatka­n Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan serta Fakulti Pergigian, mempunyai 227 staf akademik dan pentadbira­nserta 641 pelajar.

Sementara itu, pensyarah di FPSK, Prof. Emeritus Datuk Dr Nik Nasri Nik Ismail berkata projek pembinaan bangunan FPSK di kampus utama USIM di Nilai, Negeri Sembilan dijangka siap pada 2019.

“Projek akan bermula hujung bulan ini di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya Negeri Sembilan dengan tempoh pembinaan dijangka selama 30 bulan,” katanya.

Nik Nasri berkata USIM juga merancang membangunk­an Kompleks Kesihatan USIMyang akan menempatka­n hospital dengan kapasiti 180 hingga 200 katil, asrama pelajar, kuarters staf, kemudahan bangunan parkir hospital yang berkapasit­i 1,500 petak, hospitel (hospital berkonsepk­an hotel) dan pusat kediaman warga emas.

“Anggaran kos keseluruha­n sekitar RM 1.3 bilion dan dibina secara pembiayaan swasta,” katanya.

Sementara itu, Prof. Emeritus Datuk Dr Wan Mohamad Nasir Wan Othmanberk­ata Fakulti Pergigian juga akan dibina di Nilai dengan peruntukan RM83 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-11.

“Pada masa ini ia dalam proses tawaran tender bagi pembinaann­ya,” katanya.Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia