Utusan Borneo (Sabah)

‘Sayangi Kolej Kediaman Anda’

3,000 pelajar sertai gotong royong perdana

- Oleh ABD NADDIN HJ SAIDDIN PARA

“Program ini bukan sahaja dapat menceriaka­n kolej kediaman, akan tetapi dapat memupuk sikap cintakan kolej kediaman

KOTA KINABALU: Kirakira 3,000 pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) menyertai program gotongroyo­ng perdana yang diadakan secara serentak di semua kolej kediaman di Kampus Kota Kinabalu, Fakulti Pertanian Lestari Sandakan dan Kampus Antarabang­sa Labuan.

Gotong-royong perdana bertemakan ‘Sayangi Kolej Kediaman Anda’ itu adalah

PROF DATUK DR MOHD HARUN ABDULLAH Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah

satu program wajib yang diadakan dua kali setahun.

Bagi menerapkan rasa sayang pelajar kepada kolej kediaman, berbagai aktiviti diadakan. Selain membersihk­an persekitar­an kolej, turut diadakan ialah senamrobik, mengecat gazebo, garisan tempat letak kereta serta mewujudkan taman mini dan mengecat perhentian bas.

Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah Prof Datuk Dr Mohd Harun Abdullah berkata program seumpama itu hendaklah diadakan setiap semester.

“Program ini bukan sahaja dapat menceriaka­n kolej kediaman, akan tetapi dapat memupuk sikap cintakan kolej kediaman,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Prof Madya Dr Ismail Ali berkata persekitar­an kolej kediaman yang kondusif akan memberi impak yang tinggi kepada situasi pembelajar­an mahasiswa.

Beliau mengucapka­n penghargaa­n dan setinggi tahniah kepada semua atas sokongan jitu pengetua, felo, staf dan pelajar dalam menjayakan program gotongroyo­ng perdana semestar itu.

 ??  ?? mahasiswi bergotong royong membersih kawasan kolej.
mahasiswi bergotong royong membersih kawasan kolej.
 ??  ?? ISMAIL (dua kanan) turut ikut serta dalam gotong royong perdana.
ISMAIL (dua kanan) turut ikut serta dalam gotong royong perdana.
 ??  ?? MAHASISWA bergotong royong menggaris tempat letak kereta.
MAHASISWA bergotong royong menggaris tempat letak kereta.
 ??  ?? PELAJAR turut membina taman mini.
PELAJAR turut membina taman mini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia