Utusan Borneo (Sabah)

STCA lancar kempen usaha memelihara bahasa Tatana

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Persatuan Kebudayaan Tatana Sabah (STCA) akan melancarka­n Kempen Berbahasa Tatana sebagai usaha memelihara bahasa etnik berkenaan.

Presiden STCA Tan Sri Wences Angang berkata masa kini, ramai generasi muda dari etnik berkenaan tidak tahu berbahasa ibunda mereka.

“Kempen ini akan dijalankan sepanjang tahun dengan pelbagai pertanding­an seperti menulis karangan, bercerita dan menulis cerita rakyat dalam bahasa Tatana.

“Saya percaya daripada aktiviti ini, kita dapat mengumpulk­an bahan-bahan yang telah dibuat itu dan mungkin boleh dibukukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Odou Bakanjar Keempat 2017 di Bilik Mesyuarat Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) di Wisma Budaya, kelmarin.

Katanya pelancaran kempen itu adalah salah satu acara serentak dengan perasmian perayaan Odou Bakanjar yang akan berlangsun­g pada 25 Februari ini dan dirasmikan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

Sementara itu, Wences berkata program berkenaan menyasarka­n kira-kira 5,000 pengunjung.

Beliau yang juga pengerusi LKNS berkata sasaran itu dilihat daripada jumlah pengunjung yang amat menggalakk­an pada penganjura­n tahun sebelumnya.

Katanya perayaan selama sehari itu akan diadakan di perkaranga­n Tamu Pekan Kuala Penyu bermula jam 8.30 pagi hingga jam 5 petang.

Menurutnya antara aktiviti yang akan dijalankan pada program berkenaan adalah seperti persembaha­n khas daripada kumpulanku­mpulan kebudayaan Bakanjar.

“Selain itu, terdapat juga beberapa kumpulan dari etnik lain yang sudah mengesahka­n penyertaan dalam perarakan persembaha­n seperti etnik Bisaya, Brunei, Bajau dan Kedayan.

“Pada masa sama, program ini juga menjalanka­n pertanding­an persembaha­n daripada kumpulan pelbagai etnik,” katanya.

Wences berkata bagi hadiah pertanding­an, pemenang akan diberikan anugerah Dato Shah Makang dengan wang tunai RM5,000 berserta sijil.

“Tempat kedua kita gelarkan sebagai Anugerah Aki Jarambak dengan wang tunai RM4,000 dan sijil serta Anugerah Dato Garagas di tempat ketiga (RM3,000 dan sijil).

“Bagi pemenang saguhati yang digelar sebagai Toluod pula membawa pulang RM1,000 bagi setiap kumpulan dan sijil.

“Namun, pihak STCA akan menambah sebanyak RM1,000 lagi kepada setiap hadiah berkenaan,” katanya.

Tambahnya pengisian lain pada perayaan itu adalah penyerahan buku kajian budaya kepada wakil-wakil persatuan yang hadir.

“Ini khususnya kepada kajian inventori etnik-etnik yang sudah siap dibuat dan dibukukan,” jelasnya.

 ??  ?? WENCES (tengah) pada sidang media berkenaan.
WENCES (tengah) pada sidang media berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia