Utusan Borneo (Sabah)

Jenayah indeks di Pahang turun 11.02 peratus tahun lepas

-

KUANTAN: Statistik kadar jenayah indeks di Pahang tahun lepas mencatatka­n penurunan sebanyak 512 kes atau 11.02 peratus berbanding tahun sebelumnya, kata Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddi­n Ab Ghani.

Beliau berkata mengikut laporan statistik oleh Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Pahang, sebanyak 4,133 kes jenayah direkodkan berlaku sepanjang tahun lepas berbanding 4,645 kes pada 2015.

Sharifuddi­n berkata jenayah kekerasan menurun daripada 1,084 kes pada 2015 kepada 1,011 kes tahun lepas iaitu penurunan sebanyak 73 kes atau 6.73 peratus.

“Jenayah harta benda pula menurun sebanyak 439 kes atau 12.33 peratus iaitu sebanyak 3,122 kes sepanjang 2016 berbanding 3,561 kes pada tahun sebelumnya,” katanya ketika berucap pada Perhimpuna­n Bulanan Polis Kontinjen Pahang di perkaranga­n Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang kelmarin.

Sementara itu, dari segi pelanggara­n tatatertib oleh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang pula beliau berkata sejumlah 181 kertas siasatan tatatertib dibuka tahun lepas terhadap mereka yang terlibat dengan pelbagai kes salah laku.

“Ia melibatkan kes salah laku tatatertib, jenayah, narkotik, syariah, SPRM (Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia) dan komersial. Saya ingin menegaskan kepada semua ketua jabatan dan ketua polis daerah agar tidak bertolak ansur dengan kesalahan berulang kali yang dilakukan individu sama.

“Tindakan tegas dan berkesan perlu diambil walaupun pegawai penyelia tersebut tidak akan disukai oleh pegawai atau anggota bawahan itu,” katanya.-Bernama

 ??  ?? KETUA Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddi­n Ab Ghani (tiga, kiri) menyampaik­an penerima surat penghargaa­n kepada anggota yang cemerlang dalam perkhidmat­an ketika majlis Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang kelmarin.
KETUA Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddi­n Ab Ghani (tiga, kiri) menyampaik­an penerima surat penghargaa­n kepada anggota yang cemerlang dalam perkhidmat­an ketika majlis Perhimpuna­n Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia