Utusan Borneo (Sabah)

Pembunuhan Kim Jong-nam dirancang

Pembunuh jalani beberapa siri latihan di pusat beli-belah

-

Mereka tahu bahan itu adalah beracun untuk membunuh si mati. Pada mulanya, Siti Aishah menyapukan tangannya ke muka si mati sebelum diikuti suspek pemegang pasport Vietnam yang turut melakukan perkara yang sama. Kedua-dua suspek kemudian terus ke tandas untuk mencuci tangan mereka sejurus selepas serangan itu. Mereka tahu ia beracun.

KUALA LUMPUR: Siasatan polis mendapati pembunuhan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-nam minggu lalu dipercayai memang sudah dirancang dengan beberapa siri latihan pembunuhan dijalankan terlebih dahulu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata dua wanita yang ditahan berhubung kes itu dikatakan telah membuat beberapa latihan dan dilatih di sebuah pusat beli-belah serta sebuah pusat konvensyen di sini sebelum melaksanak­an tugasan tersebut.

“Berdasarka­n siasatan, kami dapati mereka melakukan beberapa latihan untuk melaksanak­an tugas itu... sebelum akhirnya (melakukann­ya) ke atas subjek,” katanya dalam sidang media di Bukit Aman kelmarin.

Dua suspek tersebut, seorang wanita berumur 28 tahun menggunaka­n pasport Vietnam tertera nama Doan Thi Huong dan seorang wanita berumur 25 tahun menggunaka­n pasport Indonesia dengan nama Siti Aishah, kini ditahan reman.

“Mereka tahu bahan itu adalah beracun untuk membunuh si mati.

“Pada mulanya, Siti Aishah menyapukan tangannya ke muka si mati sebelum diikuti suspek pemegang pasport

TAN SRI KHALID ABU BAKAR Ketua Polis Negara

Vietnam yang turut melakukan perkara yang sama. Keduadua suspek kemudian terus ke tandas untuk mencuci tangan mereka sejurus selepas serangan itu. Mereka tahu ia beracun.

“Kami amat percaya perkara ini dirancang terlebih dahulu dan mereka dilatih untuk melakukann­ya... mustahil mereka tidak tahu (ia beracun atau hanyalah satu gurauan),” kata Khalid yang turut mengangkat tangannya sendiri bagi menunjukka­n lakonan semula kejadian itu.

Jong-nam berada di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) dekat sini pada 13 Feb sementara menunggu penerbanga­nnya ke Macau apabila diserang dua wanita dengan mukanya dilap dengan cecair beracun.

Beliau dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Khalid menjelaska­n, empat suspek warga Korea Utara yang telah lari ke Pyongyang ketika ini, dipercayai menyembur cecair beracun ke tangan dua wanita berkenaan sebelum pembunuhan itu berlaku.

Kedua-dua wanita itu ditahan secara berperingk­at bersama-sama seorang lelaki Korea Utara yang dikenali Ri Jong Chol, 47, bagi membantu siasatan.

Jong-nam ke Malaysia pada 6 Feb menggunaka­n pasport dengan nama Kim Chol.

Beliau berkata siasatan polis masih berjalan merangkumi pelbagai sudut dan tidak menolak kemungkina­n siasatan akan mengambil masa.- Bernama

 ??  ?? KETUA Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri) menjawab soalan wartawan ketika sidang media berhubung kes pembunuhan Kim Jongnam, abang pemimpin Korea Utara di Bukit Aman kelmarin. Turut hadir Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.
KETUA Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (kiri) menjawab soalan wartawan ketika sidang media berhubung kes pembunuhan Kim Jongnam, abang pemimpin Korea Utara di Bukit Aman kelmarin. Turut hadir Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia