Utusan Borneo (Sabah)

MAHB bertanggun­gjawab terhadap rakaman CCTV di klia2

-

KUALA LUMPUR: Polis diarah untuk menjalanka­n siasatan ke atas Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) bagaimana rakaman kamera litar tertutup yang dikaitkan dengan kes kematian Kim Jong-nam di Lapangan Terbang Antarabang­sa KL (klia2), boleh disiarkan oleh media asing.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata MAHB bertanggun­gjawab sepenuhnya terhadap semua aspek keselamata­n di lapangan terbang termasuk klia2 dan polis hanya membantu.

“Itu yang kita siasat (siapa edar rakaman cctv), rakaman tersebut mungkin tak daripada polis kerana yang mengurus lapangan terbang ialah MAHB, yang melantik anggota keselamata­n ialah MAHB, polis bantuan.

“Polis sedang menyiasat pihak MAHB, siapa yang buat... kerana sudah tentu bukan polis, saya tidak mahu PDRM dipersalah dalam pengedaran video tersebut, pengurusan di bawah MAHB, MAHB kena bertanggun­gjawab,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis serah tugas Yang Dipertua Pemadam di sini kelmarin.

Rakaman berdurasi 2.33 saat di klia2 itu disiarkan sebuah syarikat penyiaran asing itu dan tular di media sosial sejak Ahad lalu.

Pada 13 Feb lalu, Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dilaporkan berada di klia2 untuk menaiki penerbanga­n ke Macau apabila secara tiba-tiba seorang wanita menekup mukanya dengan kain yang dipercayai mengandung­i cecair beracun.

Jong-nam, yang menggunaka­n nama Kim Chol, dilaporkan meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia