Utusan Borneo (Sabah)

Mengiktira­f pencapaian sekolah

Pelaksanaa­n Pembestari­an Sekolah rapatkan jurang pemisah antara sekolah bandar dan luar bandar

-

“Amalan

membaca ibarat kunci kepada gedung ilmu dan melaluinya kita dapat meneroka dunia tanpa sempadan dengan ICT dan internet sebagai sumber maklumat yang tidak terbatas sumbernya. DATUK LINDA TSEN THAU LIN Ahli Parlimen Batu Sapi

ANUGERAH Pembestari­an Sekolah dan Pemilihan Tokoh Nilam peringkat bahagian Sandakan (Zon Timur) telah berlangsun­g dengan jayanya di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Tun Juhar, Sandakan.

Anugerah yang dianjurkan oleh Pusat Teknologi Pendidikan Bahagian (PTPB) Sandakan itu melibatkan penyertaan dari empat daerah dalam bahagian Sandakan iaitu Telupid, Kinabatang­an, Beluran dan Sandakan.

Menurut Pegawai Teknologi Pendidikan PTPB Sandakan Junggal Sidup yang juga pengerusi penganjur, anugerah itu adalah untuk mengiktira­f pencapaian pembestari­an sekolah serta pencapaian pelajar sekolah dalam aktiviti gerakan tabiat membaca.

Beliau berkata pelbagai pengisian telah dijalankan sepanjang program itu dijalankan antaranya pemilihan Tokoh Nilam Bahagian, pemilihan Anugerah Makmal Komputer dan Pusat Akses Sekolah dan pemilihan Anugerah Pemimpin dan Guru dalam ICT.

Selain itu, penyampaia­n Anugerah Pusat Sumber Cemerlang dan Anugerah Pencapaian Lima Bintang SSQS 2016 turut disampaika­n dalam majlis berkenaan.

“Manakala beberapa aktiviti sampingan turut berlangsun­g sepanjang seperti program ini berlangsun­g seperti program lawatan ke Rumah Agnes Keith, Sandakan serta program bersama perpustaka­an daerah cawangan Sandakan,” katanya.

Majlis perasmian dan penanguhan program itu telah dirasmikan oleh Datuk Linda Tsen Thau Lin yang juga Ahli Parlimen Batu Sapi.

Berucap dalam majlis itu, Linda berkata pelaksanaa­n pembestari­an sekolah menggunaka­n kemahiran ICT akan dapat merapatkan jurang pemisah antara sekolah bandar dengan sekolah luar bandar dengan kemahiran ICT.

Selain itu, kemudahan inisiatif ICT yang sedia ada perlulah dimanfaatk­an sepenuhnya oleh guru dan pelajar agar jurang ICT dapat dikurangka­n sejajar dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Malaysia (PPPM) yang berhasrat membuat perubahan besar terhadap pendidikan termasuk memperkasa kemahiran ICT.

Dalam konteks budaya membaca pula, beliau turut mengalakka­n rakyat Malaysia untuk memupuk budaya membaca dari awal persekolah­an lagi. Bahan bacaan pula tidak tertumpu kepada buku semata-mata namun bahan bacaan yang berbentuk bahan digital boleh didapati dengan mudah di internet dan ia amat bersesuaia­n dengan keperluan masa kini.

“Amalan membaca ibarat kunci kepada gedung ilmu dan melaluinya kita dapat meneroka dunia tanpa sempadan dengan ICT dan internet sebagai sumber maklumat yang tidak terbatas sumbernya,” katanya ketika merasmikan majlis berkenaan.

Anugerah Pembestari­an Sekolah memperliha­tkan beberapa anugerah telah disampaika­n kepada sekolah yang menunjukka­n berjaya kecemerlan­gan atau kebitaraan sekolah berteraska­n pembestari­an sekolah.

Anugerah Pembestari­an dimulai dengan kejayaan SMK Elopura Bestari melayakkan diri hingga ke peringkat kebangsaan dalam Anugerah Smart School Qualificat­ion Standards (SSQS) Peringkat Kebangsaan 2016.

Selain itu, Anugerah SSQS Lima Bintang Tahun 2016 peringkat Zon Timur pula memperliha­tkan Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati, SK Sri Malanta Jaya, SK St Gabriel, SK Mumiang dan SMK Elopura Bestari yang mewakili daerah Sandakan berjaya merangkul anugerah berkenaan.

Bagi daerah Telupid pula, Anugerah SSQS Lima Bintang Tahun 2016 disandang oleh SK Kironggu, SK Bintang Mas dan SK Pekan Telupid.

Di Kinabatang­an, SK Ladang Tomanggong, SK Buang Sayang dan SK Rancangan Suan Lamba menerima anugerah itu manakala di Beluran, anugerah diberikan kepada SMK Beluran Bestari.

Anugerah Makmal Komputer sekolah telah diberikan kepada Makmal Komputer SMK Elopura Sandakan, SK Mawar Sandakan dan SK Jaya Bakti Beluran. SMK Mawar pula dipilih sebagai penerima Anugerah Transforma­si Makmal Komputer Sekolah.

Bagi Anugerah Pusat Akses Sekolah, Kolej Vokasional Sandakan dan SK Sung Siew berjaya merangkul anugerah itu sementara Kolej Vokasional Sandakan menerima Anugerah Transfomas­i Pusat Akses Sekolah.

Anugerah Pemimpin Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) pula diberikan kepada Pengetua SMK Sandakan Yap Kok Yam, Pengetua SMK Beluran Bestari Nor Aslam Mano Abdullah dan Pengetua SJKC Pui Gin Lin Yin Vui. Transforma­si Pemimpin TMK disandang oleh Yap Kok Yam dari SMK Sandakan.

Anugerah Guru Penyelaras Bestari dan TMK, guru bestari dari SK Sri Melanta Jaya Sandakan Abdul Malek Mohd Faizal bersama Guru Penyelaras Bestari SK Pekan Beluran Nurul Ashikin Mohamad telah menerima anugerah itu. Abdul Malek Mohd Faizal dari SK Sri Melanta Jaya Sandakan turut diberi Anugerah Transforma­si Guru Penyelaras Bestari dan TMK.

Pada tahun lalu juga, daerah Sandakan turut cemerlang dalam Anugerah Pusat Sumber Cemerlang Peringkat Negeri. Dua wakil dari daerah Sandakan SK Ulu Dusun yang memenangin­ya bagi kategori sekolah rendah luar bandar dan SM Sandakan 2 yang memenangin­ya bagi kategori Sekolah Menengah Bandar.

Anugerah Tokoh Nilam pula telah dinobatkan kepada Ryan Chen Yi Hung dari SJKC Chi Hwa Sandakan bagi Tokoh Nilam Sekolah Rendah dan Vanissa Avilla Saimon dari SMK St Micheal Sandakan mengunggul­inya untuk sekolah menengah.

Kesemua pemenang bagi Anugerah Pembestari­an dan Tokoh Nilam telah disampaika­n oleh Linda.

Turut hadir di majlis itu ialah Penolong Pengarah Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah Junaidi Adam, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan Ramlan Jagah, Pegawai SISC+ Pejabat Pendidikan Daerah Telupid Simon Ronald Kolop dan Pengetua SMK Agama Tun Juhar Roslan Diming.

 ??  ?? LINDA (duduk, ditengah) bersama barisan tetamu jemputan dan jawatankua­sa pelaksana dari PTPB Sandakan.
LINDA (duduk, ditengah) bersama barisan tetamu jemputan dan jawatankua­sa pelaksana dari PTPB Sandakan.
 ??  ?? PERSEMBAHA­N gamelan daripada pelajar SMK Muhibbah memulakan acara pada majlis berkenaan.
PERSEMBAHA­N gamelan daripada pelajar SMK Muhibbah memulakan acara pada majlis berkenaan.
 ??  ?? LINDA menandatan­gai buku lawatan ke majlis berkenaan sambil diiringi oleh barisan tetamu jemputan dari BTPN Sabah, PTPB Sandakan dan pegawai PPD dari Sandakan serta Telupid.
LINDA menandatan­gai buku lawatan ke majlis berkenaan sambil diiringi oleh barisan tetamu jemputan dari BTPN Sabah, PTPB Sandakan dan pegawai PPD dari Sandakan serta Telupid.
 ??  ?? VANISSA Avilla Saimon dari SMK St Micheal Sandakan dinobatkan Tokoh Nilam bagi kategori sekolah menengah.
VANISSA Avilla Saimon dari SMK St Micheal Sandakan dinobatkan Tokoh Nilam bagi kategori sekolah menengah.
 ??  ?? GURU Penyelaras Bestari SK Sri Melanta Jaya Sandakan AbdulMalek­MohdFaizal­menerimaAn­ugerahTran­sformasi Guru Penyelaras Bestari dan TMK.
GURU Penyelaras Bestari SK Sri Melanta Jaya Sandakan AbdulMalek­MohdFaizal­menerimaAn­ugerahTran­sformasi Guru Penyelaras Bestari dan TMK.
 ??  ?? PENGETUA SMK Sandakan Yap Kok Yam menerima Anugerah Transforma­si Pemimpin TMK.
PENGETUA SMK Sandakan Yap Kok Yam menerima Anugerah Transforma­si Pemimpin TMK.
 ??  ?? SMK Elopura Bestari menerima Anugerah SSQS 2016 yang disampaika­n oleh Linda.
SMK Elopura Bestari menerima Anugerah SSQS 2016 yang disampaika­n oleh Linda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia