Utusan Borneo (Sabah)

Tamu Donggongon lubuk pendapatan masyarakat Penampang

-

DAERAH Penampang yang memiliki keluasan 178.948 batu persegi dengan kepadatan penduduk seramai 137,002 orang (menurut Bancian 2000 dari Portal Majlis Daerah Penampang) mempunyai pelbagai destinasi menarik yang boleh dilawati oleh pengunjung dalam dan luar negara.

Penduduk yang majoritiny­a berbangsa Kadazandus­un menjadikan daerah berkenaan sebagai destinasi tumpuan pelancong luar dan dalam negara yang ingin mengetahui budaya dan adat etnik berkenaan.

Pelbagai destinasi pelanconga­n dan tempat bersejarah boleh dilawati di daerah ini termasukla­h Perkampung­an Tradisi Monsopiad, Tugu Peringatan Perang Dunia Kedua Petagas, Tugu Peringatan Tun Datuk Hj Mustapha, pusat perkelahan Tinukadan dan Gunung Emas Highland Resorts.

Kewujudan Tamu Donggongon juga tidak kurang hebatnya yang turut menjadi destinasi menarik untuk dikunjungi buat penggemar barangan mahupun makanan tradisiona­l suku kaum Kadazandus­un.

Pegawai Daerah Penampang Luvita Koisun berkata tamu berkenaan dirasmikan oleh bekas Ketua Menteri yang kini memegang portfolio sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Seri Joseph Pairin Kitingan pada 1993.

Katanya tamu berkenaan sememangny­a cukup popular dan sering dikunjungi apabila tiba masa ia beroperasi iaitu pada Khamis dan Jumaat setiap minggu, seawal jam 6 pagi hingga 6 petang.

“Peniaga yang kebanyakan berasal dari sekitar Penampang dan ada juga dari luar kawasan akan mempersiap­kan gerai mereka masing-masing pada petang hari Rabu lagi.

“Pelbagai jualan seperti barangan rumah, makanan tradisiona­l, barang antik, cenderamat­a seperti gelang manik dan sebagainya dipasarkan di tamu ini yang sememangny­a cukup unik, hasil kerja tangan yang asli bumiputera Sabah,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo, kelmarin.

Tamu Donggongon juga menjadi lubuk pencarian pendapatan bagi masyarakat daerah ini yang mana hasil tuaian segar mereka dari ladang dibawa terus ke pasar untuk dijual.

Pengunjung tempatan dan luar negara juga berpeluang merasai pengalaman memainkan alat muzik tradisiona­l yang turut disediakan oleh peniaga yang menjual alat muzik pelbagai suku kaum di negeri ini seperti bong, kulintanga­n dan sebagainya.

 ??  ?? SUASANA Tamu Donggongon yang dibanjiri oleh pengunjung tempatan dan luar negara.
SUASANA Tamu Donggongon yang dibanjiri oleh pengunjung tempatan dan luar negara.
 ??  ?? PENGUNJUNG tempatan turut diberikan peluang mencuba memainkan muzik tradisiona­l seperti kulintanga­n dan gong yang turut disediakan di Tamu Donggongon.
PENGUNJUNG tempatan turut diberikan peluang mencuba memainkan muzik tradisiona­l seperti kulintanga­n dan gong yang turut disediakan di Tamu Donggongon.
 ??  ?? Oleh SADDAM EDRIS
Oleh SADDAM EDRIS
 ??  ?? KESESAKAN lalu lintas sekitar Tamu Donggongon setibanya hari Khamis dan Jumaat setiap minggu.
KESESAKAN lalu lintas sekitar Tamu Donggongon setibanya hari Khamis dan Jumaat setiap minggu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia