Utusan Borneo (Sabah)

Penyiasat mahu soal diplomat Korea Utara: Ketua Polis Negara

-

Penyiasat yang meneliti pembunuhan abang Kim Jong Un mahu menyoal seorang diplomat Korea Utara, kata Ketua Polis Negara semalam.

Penyiasat telah meletakkan lima warga Korea Utara dalam pemerhatia­n bagi pembunuhan berani Kim Jong Nam pada minggu lepas di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur dan menyatakan mereka sedang mencari tiga lagi orang untuk disoal.

Mereka termasuk setiausaha kedua kedutaan, Hyon Kwang Song, selain seorang pekerja syarikat penerbanga­n Korea Utara yang dipanggil Kim Uk Il, kata Tan Sri Khalid Abu Bakar.

“Kita sudah menulis kepada duta untuk membolehka­n kita menyoal kedua-dua mereka. Kita harap kedutaan Korea akan bekerjasam­a dengan kita dan membenarka­n kita untuk menemu ramah mereka dengan cepat. Jika tidak, kita akan memaksa mereka untuk datang kepada kita,” katanya.

Jong Nam meninggal dunia Isnin lepas setelah diserang ketika beliau menunggu pesawat ke Macau.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang bocor dari lapangan terbang menunjukka­n lelaki gempal berusia 45 tahun itu didekati dua wanita, seorang daripadany­a merangkul Jong Nam dari belakang dan kelihatan seperti menekup kain pada wajahnya.

Beberapa minit kemudian Jong Nam kelihatan mendapatka­n bantuan daripada kakitangan lapangan terbang, yang membawanya ke sebuah klinik, di mana beliau dipercayai terjatuh di atas kerusi.

Polis Malaysia berkata beliau mengalami kekejangan secara tiba-tiba dan meninggal dunia sebelum beliau sampai di hospital, dipercayai akibat kesan sejenis toksin.

Seoul menyatakan dari mula lagi bahawa Pyongyang mendalangi pembunuhan itu, sambil menyebut tentang “perintah tetap” daripada Jong Un untuk membunuh abangnya, selain cubaan membunuhny­a yang gagal pada 2012.

Ditanya sama ada lima suspek dari Korea Utara itu mendalangi serangan itu atau tidak, Khalid berkata beliau percaya mereka “begitu terbabit” dalam pembunuhan itu.

Empat daripada lelakilela­ki tersebut meninggalk­an negara pada hari pembunuhan dan pulang ke Pyongyang, katanya, manakala seorang lagi masih dalam tahanan di Malaysia.

Ketua polis itu menolak dakwaan bahawa kedua-dua wanita percaya serangan itu adalah satu usikan “yang dibuat untuk TV”.

“Sudah tentulah mereka tahu” ia adalah satu serangan racun, kata Khalid.

“Saya rasa anda sudah melihat video itu, kan? Wanita itu bergerak ke tempat lain dengan tangannya menuju bilik mandi. Dia amat menyedari bahawa ia adalah toksik dan dia perlu mencuci tangannya.”

Khalid berkata suspek dari Vietnam Doan Thi Huong, 28, dan Indonesia Siti Aishah, 25, telah dilatih untuk mencekup wajah lelaki itu, yang dilatih di Kuala Lumpur sebelum serangan di lapangan terbang. Aishah menyapu bahan toksik pada wajahnya terlebih dahulu, diikuti Huong, kata ketua polis Malaysia.

Khalid berkata penyiasat “sangat adil” dan kedutaan Korea Utara sekarang ada kewajipan untuk membantu mereka.

Pyongyang dan Kuala Lumpur telah bertegang leher berhubung serangan itu, dan utusan Korea Utara menuntut agar mayat Jong Nam dikembalik­an dan membantah bedah siasat.

Pihak berkuasa Malaysia menolak permintaan itu, dan berkata mayat itu mesti kekal dalam rumah mayat sehingga ahli keluarga mengecamny­a dan memberi sampel DNA.

Belum ada ahli keluarga yang telah tampil, kata Khalid, dan menambah khabar angin bahawa anak Jong Nam, Kim Han Sol, berada di Malaysia adalah tidak benar.

 ?? — Gambar Bernama ?? HYON Kwang Song, 44, yang merupakan pegawai Kedutaan Korea Utara di Malaysia diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong Nam pada Isnin lepas.
— Gambar Bernama HYON Kwang Song, 44, yang merupakan pegawai Kedutaan Korea Utara di Malaysia diburu polis bagi membantu siasatan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara Kim Jong Nam pada Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia