Utusan Borneo (Sabah)

Pemandu teksi Itali henti mogok berhubung ‘faedah’ Uber

-

ROM: Pemandu teksi di Itali yang mogok berhubung penangguha­n rang undangunda­ng untuk mengawal Uber dan khidmat sewa kereta menamatkan tunjuk perasaan mereka lewat kelmarin selepas mereka mencapai persetujua­n dengan kerajaan.

Mogok selama enam hari itu menyebabka­n komuter terkandas di seluruh negara, dan teksi hanya menerima tambang kecemasan untuk orang kurang upaya atau mereka yang perlu pergi ke hospital sahaja, dan mencetuska­n pergelutan di Rom apabila penunjuk perasaan bertelingk­ah dengan polis.

Pemandu berkata peraturan semasa menguntung­kan khidmat tumpangan Uber atau NCC – kereta yang disewa dengan pemandu – kerana tidak seperti teksi, mereka dapat membeli lesen di bandar lebih kecil, di mana kosnya kurang, tetapi menggunaka­nnya untuk bekerja dalam bandar raya.

Pemandu teksi juga berang kerana mereka perlu bekerja di bawah tarif tetap manakala Uber dan NCC dapat mengenakan caj sebanyak yang mereka suka.

Pada tengah malam, dan selepas rundingan selama lima jam, timbalan menteri pengTIJUAN­A: angkutan Itali, Riccardo Necini berkata pemandu bersetuju untuk kembali bekerja.

Kerajaan bertemu semalam dengan wakil-wakil teksi dan NCC untuk membincang­kan panduan bagi sektor itu.

Perjanjian larut malam itu menyusuli gangguan selama berhari-hari dan malah keganasan.

Awal kelmarin penunjuk perasaan di Rom melepaskan suar di luar Parlimen, dan salah satu daripadany­a memecah tingkap sebuah bangunan bersebelah­an.

Demonstras­i turut dilancarka­n di Milan dan Turin, di mana teksi menyekat sebuah dataran utama selama beberapa hari.

“Lesen teksi di Rom bernilai 150,000 euro (RM720,000), tetapi NCC membayar 10 kali kurang daripada itu di tempat lain,” kata Gabriele, 52, yang sudah menjadi pemandu teksi sejak 2011 dan tidak mahu memberi nama keluargany­a.

Rakan sekerjanya, Antonio Moratti, 58, memberi sebagai contoh sebuah kampung di Calabria, selatan Itali, yang menurutnya menjual kira-kira 200 lesen kepada pemandu yang bekerja di bandar raya – walaupun bandar itu hanya dibenarkan untuk mengeluark­an dua lesen sahaja.

Kerajaan menangguhk­an rang undang-undang berkenaan bagi mengawal khidmat sewa kereta kerana ia mahu lebih masa untuk menyiasat isu itu.

Datuk Bandar Rom, Virginia Raggi, berkata dia menyokong pemandu teksi, dan menuntut “dihentikan pembaharua­n yang dikenakan dari atas dan menambah kepada masalah pengurusan bandar raya”. — AFP

 ??  ?? PEMANDU teksi berkumpul untuk memprotes terhadap Uber di luar bangunan Parlimen di Itali, kelmarin. — Gambar AFP
PEMANDU teksi berkumpul untuk memprotes terhadap Uber di luar bangunan Parlimen di Itali, kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia