Utusan Borneo (Sabah)

Shell Malaysia lancar Euro 5 diesel untuk pasaran pantai barat Sabah

-

KOTA KINABALU: Shell Malaysia hari ini mengumumka­n permulaan penjualan Shell FuelSave Diesel Euro 5, minyak diesel yang bermutu tinggi dan menjimatka­n di lapan stesen Shell sepanjang pantai barat Sabah.

Shell FuelSave Diesel Euro 5, diformulas­ikan dengan Active Efficiency Ingredient­s, adalah minyak diesel yang lebih bersih dan mampu meningkatk­an kecekapan enjin serta memberikan pemanduan yang lebih jauh.

Ia dinyalakan dan terbakar dengan lebih berkesan sekaligus membantu penjimatan minyak. Shell FuelSave Diesel Euro 5 mengandung­i bahan pembersih istimewa yang direka untuk melindungn­i daripada pengumpula­n deposit penyuntik.

Pengarah Urusan Shell Timur Sdn Bhd Shairan Huzaini Husain; Pengurus Jualan Negara Shell Malaysia Trading Sdn Bhd Au Tang Sing; dan Ketua Pemasaran Runcit Shell Malaysia Trading Sdn Bhd Ben Mahmud telah menyempurn­akan pelancaran Shell FuelSave Diesel Euro 5 di Golden Hill Enterprise, salah satu cawangan di Kota Kinabalu.

“Di Shell, kami sentiasa berusaha memberikan yang terbaik kepada pemandu di Malaysia, supaya mereka mendapat pengalaman pemanduan yang terbaik dan lebih gembira setiap kali mereka menggunaka­n Shell.

Pelancaran Shell FuelSave Diesel Euro 5 merupakan sebahagian daripada komitmen kami kepada pelanggan setia, dan kami akan terus menyediaka­n produk-produk berkualiti tinggi, perkhidmat­an yang tiada bandingan dan tawaran yang menarik,” katanya.

Katanya dengan pelancaran Shell FuelSave Diesel Euro 5, pemandu yang menggunaka­n jalan pantai barat Sabah berpeluang merasai sendiri pengalaman pemanduan dengan minyak diesel yang terbaik dan paling menjimatka­n.

Dengan kandungan sulfur yang sangat rendah, hanya 10 bahagian setiap sejuta (ppm) sulfur berbanding 500 ppm sulfur dalam Shell FuelSave Euro 2M Diesel. Shell FuelSave Diesel Euro 5 ternyata sangat sesuai dengan enjin diesel moden.

Shell FuelSave Diesel Euro 5 akan mula dijual di 16 stesen Shell sepanjang pantai barat Sabah secara berperingk­at.

Stesen-stesen itu adalah Bundusan Service Station, Bundusan; Golden Hill Enterprise, Kota Kinabalu; Kivatusin Station, Penampang; KNY Express, Inanam; L.A. Taipan, Inanam; Mega Gas Station, Manggatal; Mutiara Klasik, Kota Kinabalu; One Station, Tuaran; SMS Kg Likas (Sabah) SB, Likas; Stesen Maju Jaya, Keningau; Stesen Minyak Shell Maju, Penampang; Stesen Minyak Wawasan, Kota Kinabalu; Syarikat Kotobo Sdn Bhd, Putatan; Tamajaya, Lok Kawi; dan Yun Cheong Shell SVC Station, Tanjung Aru.

Untuk maklumat lanjut tentang Shell FuelSave Diesel Euro 5, sila layari http://www. shell.com.my/dieseleuro­5.

 ??  ?? SHAIRAN (lima dari kiri) melancarka­n Shell FuelSave Diesel Euro 5 di Stesen Shell Golden Hill Enterprise, Kota Kinabalu.
SHAIRAN (lima dari kiri) melancarka­n Shell FuelSave Diesel Euro 5 di Stesen Shell Golden Hill Enterprise, Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia