Utusan Borneo (Sabah)

HSBC M’sia sedia perspektif bantu pelanggan jalan perniagaan di China

-

KUALA LUMPUR: HSBC Bank Malaysia Bhd akan mencari kaedah untuk menyediaka­n perspektif bagi membantu pelanggan menjalanka­n perniagaan dengan China, kata Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Mukhtar Hussain.

Dalam satu kenyataan semalam, beliau berkata dalam usaha berkenaan, bank akan menjadi hos kepada Forum Asia & RMB di Kuala Lumpur pada 27 Feb, 2017.

“Forum ini dijangka membincang­kan bagaimana strategi pertumbuha­n jangka panjang China akan terus mengubah landskap kewangan dan ekonomi dunia, di samping memberikan prospek bagi pasaran yang semakin kukuh berhubung dengannya seperti Malaysia.

Mukhtar berkata China terus membawa ke hadapan pembaharua­n kewanganny­a yang progresif, pembukaan akaun modalnya dan mengantara­bangsakan renminbi (RMB).

“Kami yakin pembaharua­n tukaran asing akan berterusan dan menjadikan yuan lebih fleksibel.

“Kestabilan RMB akan berterusan walaupun secara beransur-ansur menyusut pada 2017 kepada kira-kira 7.20 menjelang akhir tahun, bergantung kepada trend dolar AS,” katanya.

Beliau berkata memandangk­an China dan Malaysia mengukuhka­n hubungan perdaganga­n dan pelaburan terutamany­a dengan perkembang­an inisiatif satu lingkaran satu laluan dalam projek-projek infrastruk­tur, perdaganga­n dan pelaburan lain, HSBC menjangka permintaan dan minat yang lebih luas bagi pelbagai penyelesai­an RMB, termasuk penyelesai­an perdaganga­n.

Penggunaan RMB pada 2016 bagi pembayaran antara Malaysia dan China (termasuk Hong Kong) meningkat sebanyak 68 peratus dalam tempoh 12 bulan lepas dan sebanyak 214 peratus dalam tempoh tiga tahun lepas. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia