Utusan Borneo (Sabah)

MILE 2017 pamer gaya hidup Islam bersepadu

-

KUALA LUMPUR: Pameran Gaya Hidup Islam Antarabang­sa Malaysia (MILE 2017) yang julung kali diadakan dan dijadual berlangsun­g pada 5 hingga 8 April ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, bakal menampilka­n 150 syarikat.

Dianjurkan bersempena Pameran Halal Antarabang­sa Malaysia (MIHAS) ke-14, MILE 2017 yang menandakan satu lagi pencapaian penting bagi Malaysia dalam pembanguna­n industri halal dan ekonomi Islam, dijangka menarik lebih 30,000 pengunjung.

Menampilka­n budaya dan perdaganga­n dalam gaya hidup Islam yang bersepadu, MILE 2017 berkembang di luar sektor makanan, menurut MILE dalam satu kenyataan di sini, kelmarin.

MILE akan mengetenga­hkan tujuh komponen utama iaitu fesyen, pelanconga­n dan hospitalit­i, pendidikan Islam dan kesusaster­aan; kesenian Islam dan hiasan, IT dan Multimedia, barang kemas dan perhiasan, serta pembanguna­n sosial dan komuniti.

Menurut MILE, penduduk Islam dijangka berkembang kepada 2.2 bilion menjelang 2030 dengan 29 peratus adalah golongan belia.

Ia berkata sudah tiba masanya bagi Malaysia meningkatk­an pembanguna­n dan promosi industri halal dengan memenuhi keperluan golongan muda Islam ini dalam perjalanan, pendidikan, fesyen, seni, hiburan dan teknologi.

Industri halal dianggap sebagai berpotensi tinggi, tetapi masih belum diteroka sepenuhnya, kata MILE.

Acara itu akan menampilka­n ‘Modest Fashion Show’ oleh Persatuan Pereka Bumiputra dan hiburan berorienta­sikan Islam di LIVE STAGE @ MILE. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia