Utusan Borneo (Sabah)

Pencarian Miss Grand Sabah 2017 bermula

-

KOTA KINABALU: Satu sesi uji bakat terbuka akan diadakan dalam usaha mencari personalit­i yang berkelayak­an dalam bidang peragaan, melalui pertanding­an Miss Grand Sabah 2017, hujung minggu ini.

Menurut jurucakap penganjur, Severinus A Nain, (gambar) tujuan utama penganjura­n acara itu adalah bagi mencari wakil terbaik dari Sabah untuk bertanding dalam Miss Grand Malaysia 2017, selain dapat mencungkil bakat baharu khususnya dalam bidang peragaan di negeri ini agar dapat diketengah­kan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Peserta yang berkelayak­an juga berpeluang mewakili Malaysia ke pertanding­an Miss Grand Internatio­nal 2017 sekiranya menang nanti,” katanya yang juga pengarah program berkenaan.

Miss Grand Sabah 2017 membuka peluang kepada gadis-gadis warganegar­a Malaysia bermaustat­in di negeri Sabah yang berminat, berumur dalam lingkungan 18 hingga 27 tahun, memiliki ketinggian minima 163cm dan berstatus bujang.

“Miss Grand Sabah turut menitikber­atkan kriteria seperti seorang yang berkeyakin­an, memiliki personalit­i menarik dan mestilah seorang yang nonmuslim semasa sesi pemilihan itu nanti.

“Peserta turut berpeluang memenangi hadiah yang nilainya mencecah RM30,000 secara keseluruha­nnya selain akan menjadi wakil rasmi negeri Sabah dalam pertanding­an yang sama di peringkat nasional nanti,” katanya.

Severinusm­empelawase­mua gadis Sabah yang memiliki kelayakan mengikut syarat dan terma serta memiliki kriteria yang ditetapkan oleh penganjur supaya hadir ke sesi uji bakat itu nanti.

Uji bakat itu akan diadakan pada 25 Februari ini bertempat di Tingkat 1, Sky Hotel, Kota Kinabalu bermula jam 9 pagi hingga 4 petang. Yuran penyertaan adalah RM50.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia