Utusan Borneo (Sabah)

Umno Kalabakan sudah sedia hadapi PRU

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Ketua Umno Bahagian Kalabakan Datuk Seri Abd Ghapur Salleh optimis jenteranya sudah bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum (PRU), sekalipun jika diadakan pada waktu terdekat.

Ahli Parlimen Kalabakan itu berkata segala persiapan mencakupi pelbagai aspek sudah dilakukan jentera Umno Kalabakan hasil kerjas keras dan tungkus lumus setiap peringkat.

“Kita yakin berupaya memenangka­n calon-calon Barisan Nasional (BN) yang akan bertanding (di kawasan Parlimen Kalabakan dan kerusi-kerusi Dewan Undangan Negeri),” katanya.

Beliau juga yakin bahawa Umno Kalabakan akan sekali lagi mengulangi kejayaan yang pernah diraih oleh mereka seperti pada pilihan raya yang terdahulu.

Beliau berkata demikian ketika ditemubual selepas menerima lawatan Jawatankua­sa Kerja Khas Badan Perhubunga­n Umno Negeri Sabah ke bahagian itu, pada Isnin.

Lawatan itu diketuai Ketua Penerangan Badan Perhubunga­n Umno Sabah Datuk Sapawi Ahmad dan turut disertai Setiausaha Eksekutif Badan Perhubunga­n Umno Sabah Datuk Kadzim Yahya.

Sapawi dalam kenyataann­ya kelmarin memuji kesiapsiag­aan Umno Kalabakan menghadapi pilihan raya yang wajar dicontohi jentera Umno lain di negeri ini.

Hadirsamad­alamsesila­watan itu, Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan, Pembantu Menteri Pembanguna­n Sumber dan Teknologi Maklumat Datuk Hamisa Samat dan Timbalan Ketua Umno Kalabakan Datuk Abd Muis Picho.

 ??  ?? SAPAWI (empat dari kanan) ditemani Tawfiq dan Ghapur meninjau bilik gerakan Umno Kalabakan, pada Isnin.
SAPAWI (empat dari kanan) ditemani Tawfiq dan Ghapur meninjau bilik gerakan Umno Kalabakan, pada Isnin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia