Utusan Borneo (Sabah)

Penyeludup­an dadah ke Kalimantan Barat perlu dipadang serius

- WIDODO

KUCHING: Penyeludup­an dadah ke Kalimantan Barat, Indonesia adalah isu paling besar dan perlu diambil serius untuk dibanteras, kata Komando Resor Militer 121 Tentera Nasional Indonesia (TNI) Alam Bhanna Wannawai Brigedier Jeneral Widodo Iryansyah.

Menurut beliau kes penyeludup­an dadah ke negara itu semakin berleluasa dan perlu mendapat kerjasama daripada rakan mereka Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam mengekangn­ya melalui kawalan sempadan.

“Penyeludup­an dadah ke Indonesia sejak akhir-akhir ini semakin ‘luar biasa’ dan ia seakan-akan perang buat warga Indonesia yang menghancur­kan masa depan belia warganya.

“Antara dadah yang paling banyak dibawa masuk melalui wilayah Kalimantan Barat adalah jenis syabu dan kita berharap perkara ini dapat dibanteras dengan sebaiknya,” katanya pada sidang media sempena Majlis Bilateral Tentera Darat Malaysia (TDM) dan TNI dan Mesyuarat Unit Komader (UCM) 2017 yang dihadiri Panglima 3 Briged Infantri Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin di Markas 3 Briged di Kem Penrissen di sini, pada Selasa.

Dengan itu kata Widodo, diharapkan UCM yang diadakan antara TDM-TNI dapat membantu kedua-dua negara dalam hubungan dua hala dengan menampilka­n pelan kukuh untuk membantera­s kegiatan dadah itu.

Mengulas pusat peranginan di Telok Melano yang menjadi isu akhbar tempatan Indonesia, katanya pusat yang hanya 40 meter dari sempadan Indonesia tidak menyalahi sebarang perbatasan undang-undang di negara itu.

“Isu mengenai bangunan pusat peranginan di Telok Melano sehingga kini tidak melanggar jarak titik garis sempadan dan kita sudah memantau dari udara malahan sudah diukur jaraknya iaitu 40 meter dari garisan sempadan.

“Dengan ini saya menegaskan agar isu ini tidak lagi berleluasa dan untuk makluman belum ada undang-undang menyatakan berapa jarak minimum bangunan dengan titik garis sempadan sehingga kini,” katanya.

Widodoberk­ata,malahanpem­antauan sendiri oleh beliau melalui udara mendapati jarak 40 meter dari sempadan itu tidak ada masalah dan tidak melanggar sebarang perbatasan.

Bagaimanap­un kata beliau, satu kesimpulan mengenai perkara berkenaan harus diselesaik­an antara Malaysia dan Indonesia bagi menetapkan satu perundanga­n agar bangunan di sepanjang sempadan tidak terlalu dekat dengan titik sempadan keduadua negara.

“Ini memerlukan kesepakata­n dalam menentukan­nya, bagi kami di TNI kami cuma menyaranka­n perkara ini untuk dipertimba­ngkan sebelum lebih banyak bangunan yang terlalu dekat berdiri sepanjang sempadan nanti,” tegasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia