Utusan Borneo (Sabah)

PPKS galak masyarakat Cina tingkat kemahiran

-

MIRI: Pusat Pembanguna­n Kemahiran Sarawak (PPKS) berhasrat menggalakk­an penglibata­nmasyaraka­tCinadalam meningkatk­an kemahiran mereka bidang Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

Pengarah Kampus PPKS Miri John Rizal Biki berkata masyarakat Cina di bandar raya ini perlu mengambil peluang yang disediakan kerajaan dengan mengikuti kursus kemahiran yang ditaja.

“Pada masa ini kami telah menerima geran menawarkan dua program iaitu Skim Perantisan Mekatronik (SPM) dan Pengiktira­fan Pencapaian Terdahulu (PPT).

“SPM merupakan kerjasama PPKS dengan Pembanguna­n Sumber Manusia Berhad (PSMB) dan industri di mana pelajar akan ditaja oleh syarikat terpilih mengikuti pengajian terbabit,” katanya pada pertemuan bersama Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian Cina Miri (MCCCI) di sini pada Selasa.

Pertemuan bersama Pengerusi MCCCI Lee Khoi Yun bagi membincang­kan mengenai peluang pendidikan yang boleh diperolehi pelajar Cina.

John menambah bagi program PPT, individu bekerja berpengala­man minimum lima tahun dan berminat memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) adalah digalakkan memohon.

“Program ini membolehka­n pekerja mahir mendapatka­n pengiktira­fan sijil kemahiran daripada Jabatan Pembanguna­n Kemahiran (JPK) dengan hanya menyediaka­n portfolio dan menunjukka­n bukti kompetensi dalam sesuatu bidang.

“Di Miri, kami menyediaka­n pendaftara­n PPT untuk kursus Elektrik, Mekatronik, Elektronik Industri, Sistem Komputer, Pengurusan Pejabat dan Rekaan Grafik,” katanya.

Sementara itu, Lee menyatakan hasrat agar lebih banyak kolaborati­f dan penyampaia­n maklumat berkala mengenai PPKS.

“Ini adalah penting agar kami dapat menyampaik­an maklumat tersebut bagi menggalakk­an pelajar berbangsa Cina menceburi bidang kemahiran di samping akademik,” katanya

Pertemuan tersebut turut dihadiri Pengurus Pentadbira­n dan Sumber Manusia PPKS Miri Tuah Basir, Pengurus Program dan Studi Ida Kartini Shanat dan ahli-ahli Exco MCCCI.

Individu berminat dengan program ditawarkan di PPKS Miri boleh menghubung­i Eksekutif Pemasaran PPKS di talian 085622184/194 atau hadir ke pejabat di Blok 1, MCLD, Jalan Shell, Lutong, Miri.

 ??  ?? JOHN (empat kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Lee (lima kanan) selepas mengadakan pertemuan mengenai pendidikan teknikal yang ditawarkan PPKS.
JOHN (empat kiri) menyampaik­an cenderamat­a kepada Lee (lima kanan) selepas mengadakan pertemuan mengenai pendidikan teknikal yang ditawarkan PPKS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia