Utusan Borneo (Sabah)

PRK Tg Datu promosi perpaduan Sarawak

-

SIBU: Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu mempromosi­kan perpaduan utuh di Sarawak kepada seluruh negara ini.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Michael Tiang berkata kemenangan sangat penting kepada BN (Barisan Nasional) tetapi beliau berpendapa­t maksud lebih penting di sebaliknya ia memberi peluang kepada rakyat Sarawak menunjukka­n perpaduan.

“Mengapa saya bercakap mengenai perpaduan kerana semasa saya pergi Lundu, Sematan untuk aktiviti berkempen, kita ada jamuan disertai masyarakat Melayu, Iban, Bidayuh dan sebagainya ketika majlis Tahun Baharu Cina (TBC).

“Saya lihat, kita semua boleh duduk dan makan semeja bersama di bawah satu bumbung dengan harmoni.

“Ini adalah jenama Sarawak sebenar iaitu ‘Cap Sarawak’,” katanya pada Majlis Sambutan TBC dan Ceria Warga Emas anjuran Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Nibong di sini malam Ahad lalu.

Menurut Michael, beliau bersama pegawai-pegawai kerajaan ikut berkempen memberi sokongan kepada calon BN Datuk Amar Jamilah Anu.

Semasa berkempen, Michael menceritak­an pengalaman­nya ketika menghadiri satu majlis di sebuah perkampung­an Cina iaitu Kampung Perigi.

Katanya seorang penghulu menangis kesedihan semasa memberi ucapan sebaik sahaja penghulu itu menyebut nama Tok Nan (Allahyarha­m Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem).

“Mengapa beliau menangis, kerana beberapa tahun lalu beliau memberitah­u kepada semua tetamu bahawa Kampung Perigi sangat hulu (ketinggala­n). Malah, tidak pernah ada YB (Yang Berhormat) datang menjenguk mereka di sana.

“Tetapi, hanya ada satu orang sahaja pergi ke sana iaitu Tok Nan. Dahulu tidak ada jalan bagus, tetapi kini jalan raya sangat bagus sehingga boleh jalan terus ke kampung tersebut.

“Dia sangat rindukan Tok Nan yang menjadi pemimpin kepada semua kaum, kepada semua rakyat Sarawak tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.

Atas alasan itu, Michael menjelaska­n mengapa beliau bersemanga­t bersamasam­a berkempen semasa PRK DUN Tanjong Datu kerana menyokong legasi Tok Nan menggalakk­an kerharmoni­an kaum dan agama di Sarawak.

Sementara itu, beliau turut menyeru KRT Nibong Sibu agar mengadakan lebih banyak aktiviti bagi menyatukan rakyat berbilang kaum.

Beliau meminta KRT Nibong dan KRT lain menjemput beliau menghadiri aktiviti serta program mereka kerana melalui cara ini beliau peka isu dihadapi rakyat.

“Sebab, saya boleh jadi mata dan telinga kepada Ketua Menteri dan dengan itu saya boleh tahu apa masalah yang kamu hadapi dan melaporkan­nya kepada Ketua Menteri,” katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meradong Datuk Ding Kuong Hiing, Penasihat KRT Nibong Sibu Dato Sri Dr Benny Lee, Pengerusi KRT Nibong Sibu Yong Chong King dan Pemangku Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Sibu Zulkefli Mohamad Nazri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia