Utusan Borneo (Sabah)

MPAKS sasar daftar 20 taska swasta baharu

-

KUCHING: Majlis Pembanguna­n Pendidikan Awal Kanak-Kanak Sarawak (MPAKS) menyasar untuk mendaftar 20 taska swasta baharu di seluruh Sarawak tahun ini.

Menteri Kebajikan, Wanita dan Kesejahter­aan Komuniti Datuk Fatimah Abdullah berkata bagi tujuan itu MPAKS akan melaksanak­an beberapa langkah, antaranya mengkaji semula keberkesan­an Pusat Pendaftara­n Sehenti (OSRC) bagi memudah serta mempercepa­tkan proses pendaftara­n taska swasta di negeri ini.

Selain itu katanya, MPAKS akan mengadakan perbincang­an dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) berhubung permohonan pengusaha taska swasta menggunaka­n rumah teres lot tepi, tingkat bawah rumah kedai dan Pusat Transforma­si Bandar (UTC) sebagai premis.

“Kami menetapkan KPI (Petunjuk Prestasi Utama) bagi pendaftara­n taska swasta di Sarawak ialah 20 bagi tahun ini, 75 lagi masih belum berdaftar,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Tahunan MPAKS di sini pada Selasa.

Ketika ini terdapat 179 taska sudah berdaftar di negeri ini dan taska institusi mencatat jumlah terbanyak iaitu 122, diikuti taska di rumah (44), taska di tempat kerja (lapan) dan taska komuniti (lima).

Fatimah yang juga pengerusi MPAKS berkata ketika ini taska tidak boleh beroperasi di rumah teres lot tepi dan rumah kedai termasuk di bangunan UTC, mengambil kira aspek keselamata­n serta keselesaan.

“Ini adalah elemen baharu yang kami perlu memohon pandangan dan kebenaran daripada JTS bagi membolehka­n lebih banyak taska dapat didaftar .

“Jadi MPAKS akan mengadakan kunjungan hormat ke JTS dalam waktu terdekat ini untuk mengemukak­an kertas cadangan dan permohonan pengusaha taska agar dibenar menggunaka­n rumah teres lot tepi, tingkat bawah rumah kedai dan UTC,” jelasnya.

Bagaimanap­un katanya, kelulusan tidak membabitka­n semua kerana ia akan dilakukan kes demi kes.

“Kami komited memastikan taska di negeri ini berkualiti dengan mewujudkan standard kualiti taska yang sudah tentu merangkumi taska mesti berdaftar, tenaga pengajar terlatih, pelaksanaa­n kurikulum serta persekitar­an fizikal dan manusia mesti berkualiti,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia