Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki ditemui mati dengan dua kesan tikaman di dada

-

MIRI: Seorang lelaki ditemui mati dengan dua kesan tikaman di dada dipercayai membunuh diri dalam kejadian berlaku di Kampung Usaha Jaya, Tukau, Jalan Bakam di sini malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Khoo Leng Huat dalam kenyataan medianya pada Selasa mengesahka­n menerima laporan berhubung penemuan mayat lelaki berusia 46 tahun itu.

Katanya, jam 10.58 malam Isnin seorang anggota bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Miri menerima maklumat orang awam berhubung penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan terbaring di sebatang jalan, Kampung Usaha Jaya, Tukau di sini.

“Polis bergegas ke tempat kejadian mendapati seorang lelaki lengkap berpakaian terbaring dalam keadaan terlentang dan sebilah pisau pemotong sayur berukuran 7.5 inci panjang dijumpai di sebelah rusuk kanan mangsa.

“Pemeriksaa­n ke atas seluruh badan mangsa mendapati terdapat dua kesan tikaman di tengahteng­ah dadanya,” jelas beliau.

Menurut Khoo, mangsa bekerja sebagai penjaga kebun sayur kepada seorang majikan berusia 74 tahun sejak lebih sebulan lalu dan tinggal bersama majikannya.

Difahamkan lokasi mayat mangsa ditemui terletak lebih kurang 100 meter dari rumah majikannya.

Hasil siasatan awal polis mendapati mangsa ada makan malam bersama majikannya sekitar jam 7 malam, sebelum keluar rumah dan tidak pulang-pulang sehingga mayatnya ditemui orang awam.

Manakala majikan hanya mengetahui tentang kematian mangsa apabila ternampak banyak kenderaan berhenti tidak jauh dari rumahnya.

“Anggota paramedik tiba di tempat kejadian jam 11.30 malam mengesahka­n mangsa meninggal dunia lebih kurang empat jam sebelum mayatnya ditemui,” katanya.

Sehubungan itu kata Khoo kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut.

Difahamkan, mangsa ada mengalami masalah rumah tangga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia