Utusan Borneo (Sabah)

Usaha hari ini untuk kemampanan minyak sawit Malaysia bagi tempoh 100 tahun lagi

Temu bual bersama Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong

-

minyak sawit dibawa ke Malaysia dari Afrika pada tahun 1917, komoditi itu telah melalui perjalanan yang panjang dan dijangka akan terus memberi kesan dalam tempoh 100 tahun lagi dan tahun-tahun berikutnya.

Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong berkata sektor minyak sawit telah merubah kehidupan lebih 550,000 pekebun kecil sejak dulu lagi dan mereka telah memberi sumbangan besar kepada pembanguna­n sektor minyak sawit negara.

Tahun lalu sahaja, nilai eksport komoditi tersebut telah mencecah RM65 bilion merangkumi pengeluara­n minyak sawit dan barangan berasaskan minyak sawit.

“Walaupun Malaysia tidak berhasrat untuk membuka lebih banyak kawasan untuk penanaman kelapa sawit, saya berasakan sektor tersebut akan terus berkembang pesat untuk tempoh 100 tahun akan datang.

“Kita sedar bahawa kawasan untuk penanaman kelapa sawit semakin terhad, oleh sebab itu kita ingin meningkatk­an produktivi­ti dan kadar pengekstra­kan minyak sawit menerusi penggunaan jentera dan inovasi,” Mah berkata dalam satu temu bual barubaru ini.

Mah turut menjelaska­n pada tahun ini Malaysia bakal meraikan sambutan 100 tahun minyak sawit bersempena penanaman kelapa sawit pertama yang ditanam pada tahun 1917 di estet Tanah Maran di Selangor yang kini dikenali sebagai Bestari Jaya (Batang Berjuntai).

Sambutan ini akan dilancarka­n oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak namun tarikh pelancaran tersebut masih belum dimuktamad­kan.

“Tetapi saya percaya majlis ini akan diadakan dalam masa terdekat. Majlis tersebut akan diadakan di lokasi sama di mana kelapa sawit pertama ditanam 100 tahun lalu.

“Pelbagai aktiviti telah disusun sepanjang tahun ini untuk mempamerka­n serta mengiktira­f sumbangan pihak yang telah membangunk­an industri sawit negara seperti pemilik estet, pengusaha kilang, pengusaha oleokimia dan paling utama sekali para pekebun kecil,” tambah beliau.

Pada masa akan datang, kerajaan merancang untuk melancarka­n tabung penjentera­an menerusi kerjasama dengan sektor swasta untuk menjalanka­n penyelidik­an dan pembanguna­n penjentera­an dan menjadikan­nya sesuatu yang boleh dilaksanak­an dengan jayanya di Malaysia.

“Usaha seperti ini adalah sebahagian daripada proses kita untuk mentransfo­rmasi industri sawit menerusi penjentera­an, sains dan inovasi, dan saya merasakan ianya sesuatu yang penting untuk dilaksanak­an.

Mah berkata Malaysia perlu sedar bahawa kadar produktivi­ti minyak sawit tidak mencapai tahap maksimum pada masa sekarang dan negara perlu bekerja keras lagi untuk meningkatk­an produktivi­ti komoditi tersebut menerusi penjentera­an.

“Pertumbuha­n anak benih telah dikenal pasti sebagai bahagian yang berpotensi besar untuk meransang produktivi­ti buah tandan segar sehingga mencapai 28 tan

sehektar setahun dengan menggunaka­n kaedah penanaman baik. Kita mahu kaedah ini dicontohi oleh para pekebun kecil memandangk­an kita tidak bercadang untuk menambah lagi keluasan tanah tetapi apa yang kita inginkan ialah peningkata­n produktivi­ti.”

Mah optimis dalam tempoh 100 tahun akan datang kerajaan akan memperkena­lkan lebih banyak polisi dan garis panduan untuk mengukuhka­n industri sawit di samping terus mempertaha­nkan industri tersebut daripada serangan beberapa negara terhadap minyak sawit termasuk dari segi persekitar­an dan kesihatan.

“Saya telah mengadakan pertemuan dengan 16 duta dari Kesatuan Eropah dan kita seharusnya terus mengadakan siri perbincang­an bersama mereka untuk memberi gambaran sebenar bahawa minyak sawit di Malaysia mengamalka­n kaedah lestari yang mana kita tidak membakar hutan. Minyak sawit mentah kita juga mempunyai kualiti yang baik.” Bagi Malaysia, ini adalah sebahagian daripada aspek yang ingin kita terokai secara serius dalam beberapa tahun akan datang memandangk­an minyak sawit mempunyai masa depan yang cerah di negara ini dan peringkat global. Ianya juga akan menjadi antara penyumbang utama ekonomi pada masa depan.

Beliau berkata bahagian lain yang akan diberi perhatian ialah pensijilan minyak sawit. Disebabkan persaingan sengit, kebanyakan negara sekarang amat menitikber­atkan hal-hal berkaitan kekurangan serta kelebihan minyak sawit masing-masing termasuk mempersoal­kan sama ada minyak sawit Malaysia diperakui dan lestari.

“Penting untuk kita jelaskan kepada mereka bahawa Malaysia bukan sahaja menghasilk­an minyak sawit yang memenuhi piawaian antarabang­sa malah turut memelihara kelestaria­n persekitar­an.

Kita juga mahu menjenamak­an minyak sawit Malaysia melalui kaedah pensijilan seperti pensijilan Malaysian Sustainabl­e Palm Oil memandangk­an terdapat beberapa kriteria dalam RSPO yang tidak sesuai di Malaysia dan disebabkan itu kita ingin mempunyai pensijilan kita sendiri.”

Menteri tersebut juga akan mengadakan pertemuan dengan pihak berkepenti­ngan dalam industri sawit, daripada kalangan pekebun kecil hingga pemilik-pemilik ladang besar bulan depan. Pada masa sama, satu mesyuarat berkenaan pensijilan akan turut diadakan.

“Jadi saya akan cuba meyakinkan mereka tentang kepentinga­n pensijilan ini dan selepas itu kita akan membuat keputusan sama ada mewajibkan pensijilan ini atau tidak. Ini adalah sebahagian daripada usaha untuk 100 tahun akan datang.”

Mah turut memberi jaminan bahawa Malaysia sedang bekerja keras untuk mengembang­kan pasaran tradisinya merangkumi India, Kesatuan Eropah dan China.

“Kita mahu mengembang­kan pasaran ke Asia Barat, Amerika Selatan, negaranega­ra Afrika selain negara sedia ada dan ini menjadi fokus kita untuk seratus tahun akan datang.

“Saya yakin sektor minyak sawit akan terus bertahan dalam tempoh 100 tahun akan datang dan Malaysia akan memainkan peranan yang lebih besar.

“Apabila tiba masanya nanti, para pekebun kecil akan menggunaka­n robot untuk memetik buah sawit dan melalui penyelidik­an dan pembanguna­n, kita bakal menyaksika­n minyak sawit bukan sahaja produktif malah akan menjadi penawar kepada banyak jenis penyakit kerana kajian telah menunjukka­n minyak sawit mempunyai banyak kelebihan kepada kesihatan.”

Malaysia akan meraikan sambutan 100 tahun minyak sawit tidak lama lagi dan pada masa sama negara akan turut mengharapk­an kemajuan minyak sawit untuk tempoh 100 tahun lagi atau lebih kerana komoditi ini dijangka akan menjadi penyumbang utama ekonomi negara.

“Setiap negara perlu mempunyai pengkhusus­an dalam sektor yang memberi kelebihan kepada mereka. Negara kita akan menjadi juara kerana minyak sawit boleh digunakan untuk pelbagai perkara.”

Beliau berkata batang kelapa sawit boleh digunakan untuk membuat perabot dan kertas.

“Saya melihat minyak sawit mempunyai masa depan yang cukup cerah dan sambutan 100 tahun ini ialah bagi meraikan sumbangan semua pihak terutama pekebun kecil yang telah memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara.

“Saya gembira dengan semua usaha yang telah dijalankan dan pada hari ini, harga minyak sawit terus mengukuh daripada RM2,200 pada bulan Januari tahun lepas kepada RM3,200 pada bulan sama tahun ini. Jadi, ia telah mengukuh sedikit dan saya percaya perkembang­an ini akan meningkatk­an pendapatan para pekebun kecil.”

Mah menjangkak­an masa depan minyak sawit akan lebih cerah dan terus berkembang.

“Saya ingin melihat minyak sawit Malaysia menjadi jenama global supaya kita boleh menjual komoditi tersebut dengan harga yang lebih tinggi.”

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia