Utusan Borneo (Sabah)

Romo Legend menang tipis 4-3

Bola sepak persahabat­an menentang Badan Dakwah Papar FC

-

PAPAR: Jaringan Yusof Aliuddin pada minit-minit akhir perlawanan memberikan mata berharga kepada pasukan Romo Legend apabila menang tipis 4-3 menewaskan pasukan Badan Dakwah Papar FC yang diketuai oleh Masnor Mansur dalam perlawanan bola sepak persahabat­an di padang Pekan Papar barubaru ini.

Dalam perlawanan itu, pasukan Romo Legend dikejutkan pada minit ke-10 apabila Masnor membuat larian solo dari tengah padang seterusnya melakukan rembatan deras dari jarak 15 meter menewaskan penjaga gol Romo Legend.

Selang beberapa minit, pasukan Badan Dakwah menggandak­an jaringan hasil gerakan satu dua antara AgKu Junaidi dan AK. Raimey yang akhirnya AK. Raimey dengan mudah menolak bola ke gawang untuk kedudukan 2-0 pada masa pertama.

Bersambung pada babak kedua, pasukan Romo Legend berusaha melancarka­n serangan demi serangan yang akhirnya membuahkan hasil apabila dua penyerang mereka Johari Hassan dan Wan Sabli meledakkan dua gol penyamaan pada minit ke-50 dan ke-62 untuk kedudukan seri 2-2.

Bagaimanap­un kelekaan benteng pertahanan Romo Legend yang dikemudika­n oleh Mildat dihukum sekali lagi oleh pemain Badan Dakwah apabila hantaran ke belakang Mildat pada minit ke-75 disambar oleh Adnan yang dengan mudah menolak bola ke penjuru kanan gol Romo Legend untuk kedudukan 3-2.

Hj.Sabit @ Koboi yang masuk sebagai pemain gantian tidak menghampak­an pasukan Romo Legend apabila menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke 80 hasil tendangan deras dari jarak 30 meter menuju ke penjuru kanan gol Badan Dakwah.

Dalam masa-masa kecederaan, Yusof menjadi wira Romo Legend dengan jaringan jarak dekat setelah berlaku pergelutan di depan pintu gol Badan Dakwah untuk Romo Legend menang tipis 4-3.

Pada perlawanan itu, Masnor Mansur dinobatkan ‘Pemain Berpotensi’ manakala Sapli Hassan dianugerah­kan ‘Pemain Berdisipli­n’ sepanjang perlawanan.

Hadir sama menjayakan program ini Pegawai Daerah Papar juga Presiden Safa Papar Adnan Atin, Presiden Romo Fauzi Ibrahim, Setiausaha Sulit Timbalan Menteri Kerjaraya Malaysia Hadi A.Kasim, Ketua Pergerakan Puteri Umno Papar Fahzean Hj.Mohidin, Penolong Pegawai Daerah (Pentadbira­n) AK. Ramiey Hj.Pg. Abdul Rahman, Pegawai KKBS Papar Hj.Sulaiman Hj.Ahmad, Setiausaha Safa Papar Ag.Ku Junaidi Pg.Ismail, para pemain serta masyarakat setempat.

Perlawanan Romo Legend seterusnya akan diadakan pada 24 Feb (Jumaat) ini menentang pasukan Mahkamah Syariah Negeri Sabah, di Padang Pekan Papar jam 4.00 petang.

Di masa-masa kecederaan Yusof menjadi wira Romo Legend dengan jaringan jarak dekat setelah berlaku pergelutan di depan pintu gol Badan ” Dakwah untuk RL menang tipis 4-3.

 ??  ?? PASUKAN Badan Dakwah Papar FC merakamkan gambar bersama Fauzi. Kelihatan Koboi (berdiri kanan).
PASUKAN Badan Dakwah Papar FC merakamkan gambar bersama Fauzi. Kelihatan Koboi (berdiri kanan).
 ??  ?? FAUZI, Adnan, Hadi, AK. Raimey (berdiri kiri), Ag.Ku Junaidi (dua, kiri), dan Fahzean merakamkan gambar bersama pasukan Romo Legend sebelum sepak mula.
FAUZI, Adnan, Hadi, AK. Raimey (berdiri kiri), Ag.Ku Junaidi (dua, kiri), dan Fahzean merakamkan gambar bersama pasukan Romo Legend sebelum sepak mula.
 ??  ?? FAUZI (kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Adnan Pengerusi Badan Dakwah Papar sambil diperhatik­an oleh Hadi.
FAUZI (kanan) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Adnan Pengerusi Badan Dakwah Papar sambil diperhatik­an oleh Hadi.
 ??  ?? PEMAIN legenda Romo Buchu (kiri) merakamkan gambar bersama Jai selepas perlawanan.
PEMAIN legenda Romo Buchu (kiri) merakamkan gambar bersama Jai selepas perlawanan.
 ??  ?? PEMAIN simpanan Romo bersama Fauzi (kanan) Sapli, Don dan Sarmin.
PEMAIN simpanan Romo bersama Fauzi (kanan) Sapli, Don dan Sarmin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia