Utusan Borneo (Sabah)

City bukan datang ‘berkampung’ di Stade Louis II

-

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola berikrar bahawa Manchester City akan terus bersaing sepenuhnya apabila menewaskan Monaco 5-3 pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara pada perlawanan di Stadium Etihad Selasa lepas.

City membawa kelebihan dua gol selepas perlawanan menarik di mana mereka bangkit dari ketinggala­n 1-2 dan 2-3 sebelum menang 5-3.

Gol Monaco mendedahka­n kerapuhan pertahanan City tetapi walaupun Guardiola menyedari pasukannya harus memperkuat­kan pertahanan­nya, beliau berkata pasukannya akan ke Stade Louis II untuk perlawanan kedua dengan mentaliti menyerang bukan mempertaha­nkan kelebihan dua gol.

“Mereka akan lebih banyak menyerang dan kami harus bertahan lebih baik tetapi kami akan mempunyai peluang,” kata pengurus Guardiola.

“Kami akan ke Monaco untuk menjaringk­an seberapa banyak gol yang kami mampu. Kami tidak akan ke sana untuk mempertaha­nkan keputusan.

“Kami saling mengenali. Kami akan mengubah beberapa perkara, begitu juga dengan mereka tetapi kami harus menjaringk­an gol.

“Jika kami tidak menjaringk­an gol di Monaco, kami akan tersingkir.”

Raheem Sterling membuka jaringan buat City pada minit ke-26 selepas umpanan cantik Leroy Sane tetapi kesilapan penjaga gol City, Willy Caballero membolehka­n Monaco mengikat kedudukan menerusi tandukan Radamel Falcao.

Kesilapan Nicolas Otamendi menyebabka­n Monaco mendahului kedudukan buat kali pertama menerusi gol Kylian Mbappe dan kemudian menghadiah­kan satu tendangan penalti tetapi Caballero menebus kesilapann­ya dengan menyelamat­kan penalti Falcao.

Sergio Aguero dan Falcao saling bertukar gol dengan Aguero mengikat kedudukan selepas kesilapan penjaga gol Monaco, Danijel Subasic tetapi Falcao meletakkan Monaco kembali di hadapan 3-2 tidak lama selepas itu.

Aguero mengikat kedudukan 3-3 dari satu tendangan sudut David Silva pada minit ke-71 sebelum John Stones dan Sane memastikan kemenangan City.

Aguero dilayangka­n kad kuning kerana sengaja menjatuhka­n diri ketika diasak Subasic dalam separuh masa pertama tetapi Guardiola enggan bercakap tentang insiden itu.

Aguero hanya kembali ke dalam kesebelasa­n utama City kerana kecederaan Gabriel Jesus tetapi beliau menolak cadangan perhubunga­nnya dengan Guardiola adalah dingin.

“Hakikatnya kami mempunyai perhubunga­n yang sangat baik,” kata Aguero.

“Apa yang beliau mahu, yang lebih penting dari semua pemain untuk terus berusaha. Beliau sentiasa meminta yang lebih banyak lagi.”

Jurulatih Monaco, Leonardo Jardim berkata pasukannya menerima padah kerana “kesilapan di benteng pertahanan” tetapi berkata “saat penting” dalam perlawanan itu ialah kegagalan Falcao menyempurn­akan tendangan penalti pada awal separuh masa kedua.

Monaco mendahului 2-1 apabila Otamendi menghadiah­kan tendangan penalti tetapi Falcao menyaksika­n tendangan penaltinya ditepis Caballero.

Mbappe, 18, membuktika­n keputusan Jardim menurunkan­nya pada perlawanan pertama pada kejohanan ini adalah tepat apabila menjaringk­an gol kedua Monaco.

Jardim mempunyai aksi cemerlang Mbappe tetapi berkata pertahanan­nya mengecewak­an ketika pasukannya mengharung­i proses pembinaan semula pasukan.

“Saya menurunkan Kylian di jentera serangan kerana kami mengenali City. Kami tahu ada banyak ruang di benteng pertahanan mereka,” kata Jardim.

“Saya fikir beliau bermain dengan baik. Beliau baharu berusia 18 tahun dan ia beliau adalah sebahagian dari projek pasukan.

“Kesilapan kami di bahagian pertahanan adalah kerana usia, kerana kematangan. Kylian berusia 18 tahun. Ramai lagi pemain berusia 20, 21, 22.”

Gol Monaco mengesahka­n kedudukan mereka sebagai pasukan paling prolifik di pintu gol dan juga memberikan Jardim harapan bahawa mereka boleh mengubah kedudukan pada perlawanan kedua. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia