Utusan Borneo (Sabah)

Kemenangan penting: Juil

Skuad Piala Presiden Sabah dengan kekuatan penuh hadapi PKNP

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

Memenangi perlawanan pertama amat penting, apa lagi kita bermain di tempat sendiri kerana ia akan menjadi pembakar semangat untuk mengharung­i perlawanan-perlawanan ” berikutnya. DATUK JUIL NUATIM Pengurus pasukan

KOTA KINABALU: Skuad Piala Presiden Sabah akan turun dengan kekuatan penuh apabila memulakan cabaran liga Piala Presiden musim ini menentang Kelab Bola Sepak Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP FC) di Stadium Likas petang ini (sepak mula 4.15 petang).

Ketua jurulatih, Justin Ganai berkata, beliau memiliki skuad penuh termasuk kehadiran semula tiga pemainnya yang sebelum ini dipanggil skuad senior iaitu Hamran Peter dan Oneil Shanahan Marcelinus Bungkilan dan Muhd Zakri Sapri.

Justin berkata, kehadiran Hamran dan Oneil yang telah beraksi dengan skuad senior sebagai penyerang dan Zakri selaku pemain pertahanan memberi tambahan kekuatan walaupun ketiadaan mereka dalam beberapa sesi latihan menjejaska­n sedikit persiapan pasukan.

“Kehadiran mereka juga memberikan saya tambahan pilihan pemain untuk menuKOTA runkan barisan terbaik bagi memburu sasaran memulakan musim ini dengan kemenangan,” kata Justin ketika dihubungi kelmarin.

Beliau berkata, kehadiran mereka juga memberi suntikan keyakinan dan semangat kepada pasukan dan beliau membayangk­an kemungkina­n menyenarai­kan ketiga-tiga pemain itu sebagai kesebelasa­n utama.

Sambil itu, pengurus pasukan, Datuk Juil Nuatim berkata, pasukan pelapis Sabah itu sudah bersedia sepenuhnya dan percaya barisan jurulatih yang diketuai Justin sudah ada ramuan terbaik memulakan cabaran dengan sasaran meraih mata penuh.

“Memenangi perlawanan pertama amat penting, apa lagi kita bermain di tempat sendiri kerana ia akan menjadi pembakar semangat untuk mengharung­i perlawanan­perlawanan berikutnya.

“Saya percaya dengan strategi yang bakal dipertaruh­kan barisan jurulatih dan saya yakin jika pemain ikut arahan jurulatih dan dapat memberikan persembaha­n terbaik, kita boleh kotakan sasaran mulakan musim ini dengan kemenangan,” kata Juil.

 ??  ?? JUSTIN (kiri) dan Juil sasar kemenangan untuk skuad Piala Presiden hari ini.
JUSTIN (kiri) dan Juil sasar kemenangan untuk skuad Piala Presiden hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia