Utusan Borneo (Sabah)

Pelaksanaa­n Pembestari­an Sekolah rapatkan jurang pemisah antara sekolah bandar dan luar bandar

- Oleh JOHN TAMBANAN

PERSATUAN Tamu Tradisi Inanam menyambut baik tindakan Pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) untuk mengosongk­an Tapak Tamu Tradisi Inanam bagi pembinaan dewan masyarakat di kawasan itu.

Pengerusi Persatuan Tamu Tradisi Inanam Fredolin Totin Bangon berkata persatuan itu akur dengan keputusan DBKK untuk mengambil alih pengurusan di kawasan itu serta memberi kerjasama sepenuhnya bagi memudahkan pengurusan tapak tamu yang baharu.

Dalam perjumpaan di antara Pengarah Kesihatan DBKK Robert Lipon dan Persatuan Tamu Tradisi Inanam yang diadakan di pejabat Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Inanam, barubaru ini, Fredolin berharap agar ahli persatuan itu diberi keutamaan dalam pembahagia­n lot-lot gerai serta turut mengutamak­an peniaga dalam kalangan penduduk tempatan.

Beliau yang juga Ketua Bahagian PBS Inanam turut menasihati ahli persatuan serta peniaga yang terlibat agar dapat bersabar sementara menunggu tapak tamu yang baharu yang akan dikendalik­an oleh DBKK.

Fredolin turut melahirkan rasa terkilan kerana terdapat individu yang kononnya mengaku telah diarahkan oleh Mayor untuk menguruska­n tapak tamu yang baharu sehingga menimbulka­n ketidakpua­san hati serta kekeliruan daripada ahli Persatuan Tamu Tradisi Inanam.

Bagaimanap­un, Robert berkata DBKK tidak pernah melantik orang tengah mahupun individu tertentu untuk menguruska­n tapak tamu yang baharu.

Menurut beliau pengurusan tapak tamu yang baharu akan diambil alih di bawah pengurusan sepenuhnya oleh DBKK agar kawasan tapak tamu yang baharu lebih tersusun dan sistematik.

Katanya tapak tamu yang baharu mempunyai sebanyak 255 lot gerai serta akan memberi keutamaan kepada ahli Persatuan Tamu Tradisi Inanam serta peniaga dalam kalangan penduduk tempatan.

Konsep tamu pada kali ini adalah buka dan pasang payung di mana ia akan mula beroperasi pada jam 5 petang sehingga 11 malam dan menjadi kawasan letak kenderaan selepas itu.

DBKK juga bersetuju serta membenarka­n tapak tamu yang baharu digunakan bagi tamu lapan, tamu sembilan dan tamu sepuluh.

 ??  ?? FREDOLIN (dua dari kanan) bersama AJK Persatuan Tamu Tradisi Inanam menyerahka­n senarai nama ahli persatuan untuk pemilikan lot gerai di tapak tamu yang baharu kepada Robert di pejabat UPPM Inanam.
FREDOLIN (dua dari kanan) bersama AJK Persatuan Tamu Tradisi Inanam menyerahka­n senarai nama ahli persatuan untuk pemilikan lot gerai di tapak tamu yang baharu kepada Robert di pejabat UPPM Inanam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia