Utusan Borneo (Sabah)

DAIE Askari fokus pembinaan modul tangani fahaman Daesh

- Oleh JAINUDIN NASIR

PROGRAM Pembanguna­n DAIE Askari dan Muzakarah KAGAT peringkat Medan Timur Tentara Darat Siri 1/2017 di Pusat Latihn Islam (PLI) Masilau Kundasang merupakan satu program murni tahunan bagi meningkatk­an kemahiran dan kesedaran anggota Kor Agama Angkatan Tentara (KAGAT).

Khususnya, kepada mereka yang sedang berkhidmat di Sabah dan Sarawak dalam melaksanak­an visi dan misi terhadap tanggungja­wab dakwah serta meningkat kerohanian Islam dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan masyarakat setempat.

Program Muzakarah itu juga membincang­kan beberapa modul pelaksanaa­n tugas anggota KAGAT dalam pasukan dengan memfokuska­n kepada pembinaan modul serta manual bagi menangani fahaman Daesh dan ajaran sesat, pengurusan saudara muslim dan kefahaman tentang jihad serta ibadah di dalam Islam secara memyeluruh.

Menerusiny­a juga, diharapkan dapat memberi input ilmu pengetahua­n dan pengalaman baharu melalui beberapa modul yang bakal dihasilkan termasukla­h, modul menangani fahaman Daesh dan salah faham jihad, modul ibadat dalam Islam-Pemahaman Ibadah Umum, modul pengurusan saudara muslim dan modul penugasan anggota KAGAT di dalam latihan serta operasi ketenteraa­n.

Panglima Medan Timur Darat Lt Jen Datuk Mohd Zaki Haji Mokthar dalam ucapan perasmian program itu berkata 40 peserta yang terlibat diharapkan mengaplika­sikan segala dapatan melalui aktiviti yang dijalankan sepanjang hayat ke arah mencapai kecemerlan­gan dalam tugas di dunia dan akhirat.

Beliau mahu para peserta celik penggunaan ICT dan perlu memimpin diri sendiri serta keluarga sebelum memimpin orang lain (masyarakat).

“Tugas anda adalah amat mencabar bukan sahaja dalam bidang jawatan haliki sebagai anggota ATM, malah membimbing masyarakat sama ada dalam kalangan mereka yang beragama Islam tetapi juga berkomunik­asi mesra dengan penduduk setempat tanpa mengira suku kaum dan agama.

“Tanggungja­wab anggota ATM tidak mengira lokasi sama ada di darat, di lautan, puncak bukit atau pun jauh di pulau,” katanya.

Zaki yang bakal bersara wajib tidak lama lagi, selepas berkhidmat lebih 40 tahun dalam ATM, menyeru para anggota supaya berusaha meningkatk­an keupayaan diri dalam aspek akademik serta kesihatan sepanjang hayat.

Hadir sama ialah Timbalan Ketua Pengarah Operasi dan Pembanguna­n Insan Kor Agama ATM, Brigadier Jen Dato Haji Nawawi Haji Daud, Pengetua Pusat PLI Ustaz Saiful Muharram Tahrir dan Pensyarah UKM Bangi Selangor Prof Madya Dr Hasnan Kasim.

 ??  ?? HASNAN ketika menyampaik­an ceramah. SEBAHAGIAN anggota ATM wanita yang menyertai program.
HASNAN ketika menyampaik­an ceramah. SEBAHAGIAN anggota ATM wanita yang menyertai program.
 ??  ?? (gambar bawah) ANTARA peserta pembanguna­n DAIE Askari.
(gambar bawah) ANTARA peserta pembanguna­n DAIE Askari.
 ??  ?? PARA peserta merakam gambar kenangan bersama Zaki (duduk, tengah).
PARA peserta merakam gambar kenangan bersama Zaki (duduk, tengah).
 ??  ??
 ??  ?? ZAKI berucap merasmikan program itu.
(gambar kiri) KETIBAAN Zaki disambut mesra para peserta.
ZAKI berucap merasmikan program itu. (gambar kiri) KETIBAAN Zaki disambut mesra para peserta.
 ??  ?? ZAKI (kiri) menerima cendera kenangan disampaika­n Saiful.
ZAKI (kiri) menerima cendera kenangan disampaika­n Saiful.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia