Utusan Borneo (Sabah)

Hujan rahmat yang amat dinanti-nantikan warga Johor dan rakyat Singapura

-

hujan yang membasahi bumi Johor kebelakang­an ini menyebabka­n beberapa bahagian negeri itu dinaiki air, namun ia juga rahmat yang amat dinantinan­tikan.

Ini kerana bulan lepas timbul kebimbanga­n apabila takungan air di Johor mula merosot paras airnya akibat musim kemarau.

Bagaimanap­un, sama ada curahan air hujan sejak akhir-akhir ini akan memenuhi takungan air, masih belum dapat diketahui.

Takungan air yang paling menjadi tumpuan di Johor ialah Takungan Air Linggiu kerana ia membekalka­n air bukan sahaja untuk keperluan negeri ini tetapi juga Singapura.

Apabila takungan air itu mula kering, timbul keresahan bagaimana negeri dan negara itu dapat menguruska­n keperluan sumber air yang terhad seandainya musim kering berterusan.

Malahan pada September tahun lepas Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong melahirkan rasa bimbangnya mengenai paras rendah air di Takungan Air Linggiu.

Dalam Facebookny­a, Lee turut memaparkan gambar Takungan Air Linggiu.

Beliau mengambil gambar itu dari udara sewaktu dalam penerbanga­n ke China.

“Takungan air itu hanya 25 peratus penuh selepas beberapa tahun begitu sedikit hujan. Keadaan ini amat membimbang­kan,” kata Lee.

Beliau turut menyertaka­n sama gambar dari Google Earth yang menunjukka­n keadaan Takungan Air itu ketika penuh.

Paras air di Takungan Air Linggiu terus merosot dan pada 1 Januari dan pada masa itu ia hanya 27 peratus penuh.

Berikutan dengan keadaan itu, Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishn­an dilaporkan berkata terdapat risiko besar sekiranya bekalan air dari Takungan Air Linggiu kering pada tahun 2017 sekiranya tahun itu terus tiada hujan yang mencukupi.

Sekiranya paras air di takungan itu menjunam kepada sifar, keadaan ini akan mencetuska­n keadaan tenat untuk Singapura dan Malaysia, beliau dipetik sebagai berkata di Parlimen.

Paras air di Takungan Air Linggiu secara langsung menjejaska­n jumlah air yang boleh diambil Singapura dari Sungai Johor.

Sungai itu membekalka­n kira-kira separuh daripada keperluan air Singapura.

Di bawah perjanjian 1962 yang akan berakhir pada 2061, Singapura menerusi Public Utilities Board mempunyai hak penuh serta eksklusif untuk mengambil sehingga 250 juta gelen (mgd) setiap hari dari Sungai Johor pada harga 3.0 sen setiap 1,000 gelen.

ISU AIR

Meskipun baraj baharu dibina di sungai itu dan mula beroperasi Ogos lepas untuk menyekat kemasukan air laut, sungai itu masih tidak mampu menampung keperluan PUB dan loji rawatan air Semangar dan Sungai Johor.

Musim kemarau ditambah dengan kadar jumlah air yang diambil dari takungan air itu menyebabka­n paras air merudum daripada 84 peratus pada permulaan 2015 kepada 49 di permulaan 2016.

Paras paling rendah dicatat ialah 20 peratus pada Oktober 2016.

Jika Takungan Air Linggiu kering-kontang, PUB tidak akan dapat mengambil air sebanyak 250 mgd yang menjadi haknya setiap hari.

Dalam kebimbanga­n itu, Singapura membuka loji NEWater kelima pada 18 Januari lepas, membolehka­n NEWater memenuhi 40 peratus jumlah keperluan harian.

Menteri Alam Sekitar dan Sumber Air Masagos Zulkifli dilaporkan berkata air sumber yang sukar diperoleh menjadi isu penting untuk Singapura.

Menurut beliau, Loji NEWater yang terkini itu adalah satu daripada pelaburan utama dalam infrastruk­tur air bagi mengukuhka­n kedudukan Singapura ketika berdepan dengan ketidakten­tuan cuaca.

NEWater dihasilkan daripada air yang dipakai serta dirawat dan ditulenkan seterusnya menggunaka­n teknoloji terkini termasuk sinar ultraungu.

Loji ini berkapasit­i 228,000 meter padu atau 50 juta gelen sehari dan antara loji NEWater terbesar dari segi kapasiti.

Ia mempunyai keluasan 49,000m2 iaitu bersamaan hampir tujuh setengah padang bola dan dibina dengan kos sekitar S$170 juta.

Masagos menekankan bahawa Singapura semakin bergantung kepada sumber air bukan tradisi serta lebih mahal seperti air daripada tiga loji desalinasi yang dijangka siap sepenuhnya menjelang 2020.

Singapura juga cuba mengurangk­an penggunaan air perkapita domestik dari 151 liter sehari kepada 140 liter menjelang tahun 2030.

Sebelum ini ia berjaya mengurangk­an kepada 165 liter sehari pada tahun 2003.

Negara ini setakat ini berjaya menghasilk­an bekalan air dari empat sumber air yang dikenali sebagai Empat Paip Negara iaitu Air dari Kawa-san Tadahan tempatan, Air diImport, Water diTebus Guna (dikenali NEWater) dan Air Desalinasi.

Bagi saya pula, setelah tinggal di negara yang amat menghargai setiap titis air, saya amat berhemat dalam penggunaan air dalam kehidupan harian bukan setakat ketika saya berada di Republik ini tetapi juga sekembalin­ya saya ke Malaysia. — Bernama

 ??  ?? BANJIR kilat menjejaska­n laluan lebuh raya Pasir Gudang berhampira­n susur naik ke Taman Rinting baru-baru ini apabila air naik antara setengah meter hingga satu meter hingga 1 meter berikutan hujan lebat berlarutan. — Gambar Bernama
BANJIR kilat menjejaska­n laluan lebuh raya Pasir Gudang berhampira­n susur naik ke Taman Rinting baru-baru ini apabila air naik antara setengah meter hingga satu meter hingga 1 meter berikutan hujan lebat berlarutan. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia