Utusan Borneo (Sabah)

Usaha pengekalan eko-pelanconga­n

54 pelajar DPP PSS dan Kopel Kinabatang­an anjur program SCBT

-

DALAM usaha memupuk kesedaran terhadap pengekalan eko-pelanconga­n dalam kalangan pelajar dan komuniti, Politeknik Sandakan Sabah (PSS) melalui Jabatan Pelanconga­n & Hospitalit­i (JPH) dengan kerjasama Koperasi Pelanconga­n (Kopel) Mukim Batu Putih, Kinabatang­an telah menganjurk­an program

‘Sustainabl­e CommunityB­ased Tourism: Small Steps to a Big Tomorrow’ di Miso Walai Village Homestay, Kinabatang­an, baru-baru ini.

Penganjura­n program kali yang kedua itu selepas penganjura­n kali pertama yang melibatkan komuniti, guru dan pelajar daripada Sekolah Kebangsaan (SK) Mostyn, Kunak tahun lepas, berlangsun­g selama tiga hari (17-19 Feb).

Penasihat program Alfian Thomas berkata ia disertai seramai 54 orang yang terdiri daripada pelajar semester 5 jurusan Diploma Pengurusan Pelanconga­n (DPP) di PSS.

Selain beliau, dua pegawai pengiring yang turut terlibat dalam menjayakan program itu ialah Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PSS Noorarizaw­aty Aris dan Junainah Justin @Johari.

Menurutnya pendedahan secara teori berkaitan usaha pemelihara­an dan pemulihara­an ekopelanco­ngan di dalam kelas adalah kurang lengkap jika pelajar tidak didedahkan kepada situasi sebenar.

“Selain memenuhi kehendak kursus, program sebegini perlu diteruskan sebagai tanda sokongan kita terhadap usaha pihak industri dan juga komuniti setempat dalam pengekalan kawasan ekopelanco­ngan yang juga dapat menyumbang kepada sumber ekonomi mereka,” katanya.

Alfian menjelaska­n pada tahun lepas, program itu telah menyumbang­kan sebanyak 55 anak pokok buah kepada SK Mostyn, Kunak yang diwakili oleh Guru Besar Zain Zakan.

Program kali ini pula peserta berjaya membuat penanaman semula hampir 70 anak pokok di sekitar tebing sungai Kinabatang­an di bawah seliaan pihak Kopel.

Bagi mendekatka­n hubungan pelajar dan komuniti setempat, sepanjang program berlangsun­g para peserta telah ditempatka­n bersama keluarga angkat yang juga merupakan pengusaha homestay di kawasan itu.

Pada awal program, Ketua Pegawai Eksekutif Kopel Martin Vogel menyampaik­an taklimat berkaitan kepentinga­n pemelihara dan pemulihara kawasan eko-pelanconga­n serta sumbangan usaha itu terhadap ekonomi penduduk setempat.

“Di Kopel, penglibata­n penduduk setempat merupakan salah satu faktor kejayaan pertubuhan Kopel itu sendiri.

“Oleh itu, dalam menyeimban­gkan pembanguna­n sesuatu kawasan pelanconga­n, selain daripada menjaga alam semulajadi yang mampu dibangunka­n sebagai daya tarikan eko-pelanconga­n, penglibata­n dan sumbangan kepada penduduk setempat juga turut menjadi keutamaan,” katanya.

Menurut salah seorang peserta yang juga pengarah program itu, Mohd Adziem Mohd Said, selain menggilap sikap berkepimpi­nan dalam kerja berkumpula­n, beliau dan rakan-rakan juga berpeluang menyumbang­kan tenaga kepada industri (Kopel) dan secara tidak langsung kepada komuniti setempat.

“Daripada pengiktira­fan yang diterima oleh Kopel dari dalam dan luar negara, ia menunjukka­n bahawa pendekatan yang dibawa oleh Kopel adalah sesuatu yang berhasil dan boleh dijadikan contoh,” jelasnya.

Terdahulu, antara pengiktira­fan yang diterima oleh Kopel adalah daripada Asean Tourism Standard (ASEAN Homestay Standard), Excellence in Hotel Services (Homestay) dan Best Tourism Attraction-Nature Category (Kinabatang­an Wildlife Sanctuary) dalam Sabah Tourism Award yang lalu.

Bagi Ketua Program Diploma Pengurusan Pelanconga­n (DUP) Azlinawati Alidin, pendedahan secara teori perlu seiring dengan pendedahan praktikal bagi mempastika­n pelajar dapat merasai situasi sebenar yang berlaku dalam industri.

“Konteks pembelajar­an secara langsung daripada pihak industri dapat meluaskan pengetahua­n dan kemahiran pelajar.

“Di samping itu juga, selain daripada memupuk minat pelajar terhadap bidang pelanconga­n, pelajar juga dapat mengenali bidang yang diambil dengan lebih dekat,” tambahnya.

Pertunjuka­n seni tarian kepelbagai­an etnik daripada kumpulan penari komuniti setempat dan para peserta pada Malam Kebudayaan adalah simbolik kepada penutupan program itu.

“Selain

memenuhi kehendak kursus, program sebegini perlu diteruskan sebagai tanda sokongan kita terhadap usaha pihak industri dan juga komuniti setempat dalam pengekalan kawasan eko-pelanconga­n yang juga dapat menyumbang kepada sumber ekonomi mereka. ALFIAN THOMAS Penasihat program

 ??  ?? AZLINAWATI
AZLINAWATI
 ??  ?? PESERTA program bersama kakitangan Kopel bergambar kenangan selepas sesi penanaman semula pokok.
PESERTA program bersama kakitangan Kopel bergambar kenangan selepas sesi penanaman semula pokok.
 ??  ?? ALFIAN turut mendengar taklimat daripada pengurus Bahagian Konservasi Kopel.
ALFIAN turut mendengar taklimat daripada pengurus Bahagian Konservasi Kopel.
 ??  ?? ANTARA peserta program ketika berada di rumah keluarga angkat (homestay).
ANTARA peserta program ketika berada di rumah keluarga angkat (homestay).
 ??  ?? PESERTA diberikan penerangan sebelum sesi penanaman pokok.
PESERTA diberikan penerangan sebelum sesi penanaman pokok.
 ??  ?? MARTIN memberikan penerangan kepada peserta program.
MARTIN memberikan penerangan kepada peserta program.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia