Utusan Borneo (Sabah)

Shuib dipilih YDP PIBG SK Sungai Lada baharu

-

AHLI perniagaan Haji Shuib Nasir dipilih sebagai Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Sungai Lada (SKSL) yang baharu bagi sesi 2017-2019.

Pengarah Jabatan Pendidikan Labuan Raisin Saidin dan Guru Besar SKSL Anita Shyamini A/P S Azman masing-masing dilantik sebagai penaung dan penasihat persatuan itu.

Yanti Bakir pula dipilih sebagai Naib Yang Dipertua, Bendahari Siti Aliza Ag Emran, Setiausaha Nurul Ain Adawiyah Bahari dan Timbalan Setiausaha Ruzanah Mohd Jais.

Lima ibu bapa dipilih sebagai ahli jawatankua­sa (AJK) iaitu Ellyza Abu Kassim (Biro Kebajikan), Abdullah Hussin (Biro Sukan), Janney Sumil @Nursyafina (Biro Pembanguna­n/Keceriaan), Abdul Aziz Ismael (Biro Agama) dan Viancy Ng @ Norafiza (Biro Keraian).

Tiga penolong kanan adalah Sitti Rahimah Yusuppu (PK Pentadbira­n), Norela Suhaimi (PK Hal Ehwal Murid) dan Mahmud Mumin (PK Kokurikulu­m) turut dilantik sebagai AJK.

Mesyuarat Agung PIBG SKSL ke-25 diadakan pada Ahad lalu di Dewan SKSL.

Sementara itu, sebanyak 12 aktiviti telah dirancang oleh PIBG sepanjang tahun 2017 iaitu Program Berkat Ibu pada 24 Februari, Program Family Day & Talent Show (Mac), Gala Night (April), Qiamulail (Ramadan), Sambutan Hari Raya Aidilfitri (Hari Raya) dan Motivasi Pelajar UPSR bersama IPTA.

Turut dirancang, lawatan ke Sekolah Contoh SK Lubai–Limbang, Qurban, Khatan & Majlis Kesyukuran, Pertanding­an Memancing, Hari Keusahawan­an, Program Lestari dan lawatan kerja amal ke rumah anak yatim di Jakarta Indonesia (3 hari 2 malam).

Shuib yang juga penyampai radio Labuan FM berkata mesyuarat itu mencatat sejarah kerana pada sebelah siang diadakan mesyuarat pemilihan manakala pada sebelah malam diadakan mesyuarat AJK.

“Belum ada lagi PIBG mengadakan mesyuarat agung dan mesyuarat AJK pada hari yang sama. Ini membuktika­n komitmen guru dan ibu bapa untuk melihat SK Sungai Lada berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sekolah lain di Wilayah Persekutua­n Labuan,” katanya.

Bagaimanap­un, beliau memerlukan kerjasama semua ibu bapa selain guru untuk memastikan semua perancanga­n PIBG itu berjalan lancar pada tahun ini.

Katanya jika semua ibu bapa dan guru berganding bahu, beliau yakin SK Sg Lada mampu melakar kejayaan di bidang akademik dan kokurikulu­m pada masa akan datang.

 ??  ?? SHUIB
SHUIB
 ??  ?? SHUIB (tengah) bersama AJK PIBG SK Sungai Lada Sesi 2017-2019. Turut kelihatan Guru Besar SKSL Anita Shyamini (duduk, dua kiri).
SHUIB (tengah) bersama AJK PIBG SK Sungai Lada Sesi 2017-2019. Turut kelihatan Guru Besar SKSL Anita Shyamini (duduk, dua kiri).
 ??  ?? SEBAHAGIAN ibu bapa yang menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SK Sg Lada.
SEBAHAGIAN ibu bapa yang menghadiri Mesyuarat Agung PIBG SK Sg Lada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia