Utusan Borneo (Sabah)

Masjid Agung Demak, masjid tertua di Pulau Jawa

-

SUNGGUH saya tidak menyangka. Hampir tidak percaya, sebenarnya. Tapi hidup ini perlu disyukuri. Jika selama ini Masjid Agung Demak hanya terbaca dalam buku-buku sejarah, kali ini saya benar-benar sudah menjejakka­n kaki ke salah satu masjid tertua di Indonesia Masjid itu terletak di Kampung Kauman, Kelurahan Bintaro, Kecamatan Demak, Kabupaten Demak, Jawa Tengah. Ketika memasuki aula

masjid itu, hari sudah petang. Saya terus saja ke tempat mengambil wuduk untuk menunaikan solat sunat. Ketika membuka kasut itu, saya ditemui oleh penjual buku yang menawarkan kepada saya agar membeli buku mengenai walisongo. Selesai menunaikan solat sunat, saya menemui imam masjid yang bertugas pada hari itu. Setelah basa basi, beliau membawa saya ke dalam masjid dan memperliha­tkan binaan masjid tertua, tempat ulama-ulama atau wali di Jawa berkumpul untuk membicarak­an masalah umat. Dari masjid itu mereka menyebarka­n agama Islam di seluruh Pulau Jawa.

Masjid Agung Demak didirikan oleh Raden Patah, iaitu raja pertama Kesultanan Demak sekitar abad ke-15 masihi.Masjid tertua di pulau Jawa itu terletak di Kota Demak, kira-kira 26 km dari Kota Semarang.

Struktur bangunan masjid itu mempunyai nilai sejarah. Ia dibina mengikut seni binaan tradisiona­l Jawa. Setiap pengunjung pasti kagum melihat senibina masjid yang terkesan indah dan mempesona. Meskipun ia sudah berusia ratusan tahun, ia dibina kira-kira 1466 M atau 887 Hijrah tetapi masjid yang bersejarah itu masih tetap dikunjungi oleh pengunjung .

Saya pernah terbaca, atap masjid itu berbentuk limas menunjukka­n aqidah Islamiyah iaitu Iman, Islam dan Ihsan. Masjid ini mempunyai bangunanba­ngunan induk dan serambi. Bangunan induk memiliki empat tiang utama yang disebut soko guru. Salah satu dari tiang utama kononnya berasal dari serpihan-serpihan kayu sehingga dinamakan saka tatal. Soko Tatal / soko Guru berjumlah 4 ini adalah tiang utama penyangga kerangka atap masjid yang bersusun tiga. Masingmasi­ng soko guru memiliki tinggi 1630 cm. Formasi tata letak empat soko guru dipancangk­an pada empat penjuru mata angin.

Maksudnya yang berada di barat laut didirikan Sunan Bonang, di barat daya didirikan Sunan Gunung Jati, di bahagian tenggara dibuat Sunan Ampel, dan yang berdiri di timur laut didirikan Sunan Kalijaga Demak. Masyarakat menamakan tiang buatan Sunan Kalijaga ini sebagai Soko Tatal.

Bangunan serambi adalah bangunan terbuka. Tiangnya berjumlah lapan.

Di ruang dalam masjid, saya dibawa melihat Maksurah, satu artefak bangunan berukir peninggala­n masa lampau yang memiliki nilai estitika yang indah.Artefak Maksurah yang berukir tulisan Arab itu memuliakan keesaan Allah. Prasasti di dalam maksiurah itu menyebutka­n angkah 1287H atau 1866 ketika Adipati Demak dipegang olewh KRMA Aryo Purbaningr­at. Di sebelah kanan Mihrab, terdapat Mimbar untuk khutbah. Benda arkeologi itu dikenan dengan sebutan Dampar Kencono, warisan Kerajaan ma depan Mihrab sebelah kanan terdapat mimbar untuk khotbah. Benda arkeolog ini dikenal dengan sebutan Dampar Kencana warisan dari Majapahit abad ke 15 sebagai hadiah untuk Raden Fattah, Sultan Demak I dari ayahandany­a, Prabu Brawijaya ke V Raden Kertabumi. Semenjak Takhta kesultanan Demak dipimpin Raden Trenggono 1521-1560 M, pada masa itu semua wilayah nusantara menyatu dan masyhur.

Namun saya tidak sempat melawat makam raja-raja kesultanan Demak yang dimakamkan di dalam kompleks Masjid Agung itu. Saya baru tahu kemudian, bahawa di sana juga dimakamkan Raden Fattah, serta makam-makam lain. Masjid Agung Demak itu pernah dicalonkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1995.

Saya singgah di masjid itu dalam perjalanan pulang dari Kota Kudus. Sebelumnya saya berkunjung ke Jepara, Rembang, Gunung Muria dan beberapa tempat lain yang bersejarah.

Selesai merakamkan gambar, saya terus bergegas ke tempat parkir kereta untuk meneruskan perjalanan ke Semarang. Tetapi saya balik semula ke Masjid apabila azan Asar berkumanda­ng. Saya ingin merasakan betapa nikmatnya solat berjemaah di masjid yang sudah berusia ratusan tahun itu.

Perjalanan ke tempattemp­at bersejarah di Jawa Tengah amatlah bermakna bagi saya. Kemudian saya mengajak pak Historia meneruskan perjalanan ke Semarang. Kami tiba di kota itu ketika matahari hampir terbenam.

“Sebaiknya kita singgah dahulu ke Masjid Agung Jawa Tengah,” kata pak Historia. Esok kita tidak perlu ke sini lagi sebab tempatnya agak jauh dari hotel.

Masjid Agung Jawa Tengah itu terletak di Semarang.Mula dibina tahun 2001 dan siap sepenuhnya tahun 2006. Ia didirikan di atas tanah seluas 10 hektar dan dirasmikan pada 14 November 2006 oleh Presiden Indonesia ketika itu, Susilo Bambang Yudhoyono. Ia dibina menggunaka­n gaya Jawa, Islam dan Romawi manakala arkiteknya oialah Ir H Ahmad Fanani.

Saya melihat masjid itu menjadi pusat kegiatan masyarakat. Selain untuk beribadah, halamannya yang luas itu dimanfaatk­an dengan bermacam kegiatan seperti latihan seni bela diri, olahraga dan sebagainya.

Saya sempat menaiki Menara Al-Husna setinggi 99 meter. Kira-kira 15 minit lagi, Al-Husna Tower itu ditutup kerana hari sudah senja. Namun saya mendapat kebenaran untuk ke tingkat 19, melihat panorama kota Semarang. Saya tidak sempat menggunaka­n teropong yang disediakan, tapi saya terpukau dengan keindahan Semarang.

 ??  ?? REKA bentuk atapnya berbentuk limas melambangk­an Islam, Iman dan Ihsan.
REKA bentuk atapnya berbentuk limas melambangk­an Islam, Iman dan Ihsan.
 ??  ??
 ??  ?? IMAM Masjid memperliha­tkan peninggala­n bersejarah.
IMAM Masjid memperliha­tkan peninggala­n bersejarah.
 ??  ?? MASJID Agung Jawa Tengah dilihat dari Menara Al Husna.
MASJID Agung Jawa Tengah dilihat dari Menara Al Husna.
 ??  ?? MASJID Agung Demak, Masjid Tertua di Jawa.
MASJID Agung Demak, Masjid Tertua di Jawa.
 ??  ?? MASJID terbesar di Jawa Tengah.
MASJID terbesar di Jawa Tengah.
 ??  ?? BEDUK masjid Agung Demak.
BEDUK masjid Agung Demak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia