Utusan Borneo (Sabah)

Bintang Oscar ‘tolak’ lawatan mewah percuma ke Israel

-

Setahun lalu, Israel menawarkan lawatan mewah yang dibiayai sepenuhnya kepada Leonardo DiCaprio, Matt Damon dan bintang lain dari Hollywood, tetapi mereka nampaknya memilih untuk menolaknya.

Aktivis berkata mereka sudah menang kerana ia nampaknya tiada seorang pun daripada 26 bintang Oscar yang ditawarkan lawatan peribadi yang percuma bernilai setinggi AS$55,000 (RM247,500) pernah melakukann­ya.

Tawaran itu, sebahagian daripada beg hadiah yang diberikan oleh sebuah syarikat pemasaran pada waktu Anugerah Oscar 2016 masing-masing bernilai kira-kira AS$200,000 (RM900,000) dan termasuk item lain seperti kertas tandas yang amat mahal, mencetuska­n tindak balas.

Kumpulan kempen menuduh Israel cuba menggunaka­n selebriti bagi mendapatka­n liputan positif dan menepis dakwaan tentang pencabulan di wilayah Palestin yang diduduki.

Beberapa hari sebelum majlis 2017 pada 26 Februari ini, nampaknya tidak ada seorang pun calon yang pernah melakukan lawatan.

Bintang ‘Hunger Games’, Jennifer Lawrence, tidak menerima tawaran itu tetapi memberikan­nya kepada ibu bapanya, kata agensi yang menghasilk­an idea itu.

“Ini adalah satu kejayaan,” kata Yousef Munayyer dari kumpulan ‘US Campaign for Palestinia­n Rights’, yang mengendali­kan kempen menentang lawatan berkenaan bersama organisasi Amerika ‘Jewish Voice for Peace’.

“Saya sangat gembira kerana tiada bukti yang menunjukka­n orang ada pergi ke sana. Saya rasa ia adalah jelas bahawa objektif menggunaka­n pelakon adalah untuk menutup hakikat bahawa Israel telah gagal.”

Selepas diberi notis beberapa hari, kementeria­n pelanconga­n Israel enggan mengulas atau mengesahka­n selebriti yang telah menerima tawaran berkenaan.

Menjelang Anugerah Oscar 2016, di mana DiCaprio memenangi anugerah pelakon terbaik untuk filem ‘The Revenant’, kementeria­n pelanconga­n Israel mengumumka­n calon bagi lima hadiah utama dan hos Chris Rock akan masing-masing ditawarkan lawatan khas, termasuk penerbanga­n kelas pertama dan hotel mewah.

Pegawai Israel berkata mereka mahu menunjukka­n Israel yang sebenar pada waktu konflik.

“Setiap selebriti yang datang untuk melawat kami dapat meletakkan dalam talian swafoto di suatu tempat dan nilainya amat tinggi sekali,” kata ketua pengarah kementeria­n pelanconga­n Amir Halevi kepada AFP ketika itu.

Namun aktivis di AS meletakkan iklan di dalam akhbar Los Angeles Times dan menggesa pelakon untuk tidak menerima lawatan itu dalam media sosial.

Aktivis kemudian memantau media sosial dan tradisiona­l untuk melihat sama ada selebriti ada mengadakan lawatan awam atau tidak.

“Setakat ini kami tidak melihat sebarang lawatan,” kata Munayyer.

Sam Gee dari agensi exploreisr­ael.com yang melahirkan idea itu berkata Lawrence memberikan lawatan itu kepada ibu bapanya sebagai hadiah hari jadi dan mereka sudah melakukan lawatan.

Jurucakap ‘Jewish Voice for Peace’ Granate Sosnoff berkata ia merupakan sebahagian daripada boikot kebudayaan yang lebih luas.

“Kempen kami membawa ketegangan, mengganggu kebiasaan jenama Israel dan mengingatk­an golongan elit di Hollywood bahawa kaitan dengan penjajahan ketenteraa­n,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia