Utusan Borneo (Sabah)

Austria tangkap taikun Ukraine ekoran arahan ekstradisi

-

VIENNA:Austriamen­angkap salah seorang lelaki paling kaya di Ukraine kelmarin dalam perkembang­an baharu bagi bekas sekutu presiden proRusia, Viktor Yanukovych, yang digulingka­n oleh rakyat.

Taikun gas Dmytro Firtash ditahan reman berhubung dakwaan tentang hubungan dengan jenayah terancang di Sepanyol, beberapa minit selepas sebuah mahkamah di Vienna memutuskan dia boleh diekstradi­si ke Amerika Syarikat (AS) atas tuduhan rasuah.

Firtash, 51, mengaut keuntungan menerusi hubungan dengan syarikat gas gergasidiR­usia,Gazprom,dan pada suatu ketika dikaitkan dengan seorang bekas penolong kempen Presiden AS Donald Trump.

Dia dikehendak­i di AS atas tuduhan bahawa dia dan lima orang lagi membayar sogokan sebanyak AS$18.5 juta (RM83.3juta)kepadapega­wai di India untuk mendapatka­n lesen perlombong­an titanium pada 2006.

AS mendakwa ia ada bidang kuasa kerana konspirasi itu melibatkan penggunaan institusi kewangan AS, perjalanan berulang-alik ke AS, dan penggunaan komunikasi di AS – komputer, telefon, dan Internet.

Firtash ditangkap di Vienna pada Mac 2014, tetapi dilepaskan dengan ikat jamin Austria sebanyak 125 juta euro (RM600 juta).

Dia menafikan semua tuduhan dan menegaskan dia adalah mangsa kempen memburuk-burukkanny­a.

Pasukan guamannya berkata dia terperangk­ap dalam satu pertarunga­n yang lebih besar berhubung masa depan Ukraine, di mana kerajaan telah terlibat dalam pepera-ngan berdarah dengan puak pemisah yang disokong oleh Rusia di timur negara sejak 2014.

Pihak berkuasa di Barcelona mengeluark­an waran tangkap di Eropah pada November 2016, dan laporan media menyebut Firtash dituduh menjadi anggota sebuah organisasi jenayah yang mengubah 10 juta euro (RM48 juta) di Sepanyol.

Namun ketika waran dikeluarka­n, taikun itu sudah diletak di bawah tahanan rumah di Austria berhubung dakwaan oleh AS.

Mahkamah rendah di Vienna memihak kepada taikun itu pada April 2015 dan menolak permintaan AS.

Namun mahkamah rayuan kelmarin berkata AS telah mengemukak­an bukti “mencukupi” bahawa Firtash “mungkin telah melakukan jenayah yang dia dituduh lakukan”.

Pejabat pendakwa raya enggan mengulas mengenai kes Sepanyol itu atau bagaimana penangkapa­n Firtash akan menjejaska­n keputusan eks-tradisi.

Menteri Undangunda­ng Austria, Wolfgang Brandstett­er, memberitah­u badan penyiaran ORF bahawa eks-tradisi itu tidak akan dilaksanak­an sehingga mahkamah sudah menyemak semula kes di Sepanyol.

Firtash memiliki Group DF, sebuah empayar perniagaan yang terbabit dalam tenaga, kimia, media, perbankan dan hartanah di Ukraine dan negara lain termasuk Jerman, Itali dan Austria.

Dia menjadi kaya dengan mengimport gas ke Ukraine dari Rusia dan Asia Tengah menerusi kumpulanny­a Rosukrener­go, yang sudah dibubarkan, dalam kerjasama dengan gergasi gas di Rusia, Gazprom. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? TAIKUN Ukraine Dmytro Firtash (dua kiri) bersama isterinya Lada dan peguam Dieter Boehmdorfe­r (kanan) tiba di mahkamah di Vienna, Austria kelmarin. — Gambar AFP
TAIKUN Ukraine Dmytro Firtash (dua kiri) bersama isterinya Lada dan peguam Dieter Boehmdorfe­r (kanan) tiba di mahkamah di Vienna, Austria kelmarin. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia