Utusan Borneo (Sabah)

Operasi deportasi AS sasar jutaan pendatang tanpa izin

Kumpulan hak asasi manusia melabelnya ‘pemburuan ahli sihir’, akan jejas ekonomi

-

WASHINGTON: Pentadbira­n Trump mengeluark­an perintah baharu yang keras kelmarin bagi operasi menyeluruh untuk membantera­s pendatang asing tanpa izin (PATI), yang menjejaska­n hampir kesemua 11 juta orang asing tanpa dokumen di negara itu.

Perintah itu menimbulka­n ketakutan di kalangan masyarakat pendatang di Amerika Syarikat (AS), di mana jutaan orang yang sudah menghabisk­an masa bertahunta­hun membina keluarga dan punca pendapatan di negara tersebut, kebanyakan­nya dari Mexico dan Amerika Tengah, diancam oleh penghantar­an pulang ke negara asal buat pertama kali sejak beberapa dekad yang lalu.

Kumpulan hak asasi manusia melabel tindakan itu sebagai satu “pemburuan ahli sihir”, dan memberi amaran penghantar­an pulang pendatang beramai-ramai akan merosakkan keluarga yang sudah berakar umbi di AS dan menjejaska­n ekonomi.

Namun John Kelly, setiausaha Jabatan Keselamata­n Tanah Air (DHS) yang mengeluark­an perintah baharu dalam dua memo, berkata ia perlu untuk menangani masalah yang “menenggela­mi” sumber kerajaan.

“Ledakan imigresen tanpa izin di sempadan selatan telah menenggela­mi sumber dan agensi persekutua­n selain mewujudkan kelemahan keselamata­n kebangsaan yang signifikan bagi AS,” katanya dalam salah satu memo.

Senator Ben Cardin, ahli tertinggi Demokrat dalam Jawatankua­sa Hubungan Luar Senat,memberiama­ranbahawa panduan baharu itu akan “menjejaska­n keselamata­n negara dan keselamata­n awam”.

Datuk Bandar New York Bill De Blasio berkata beliau enggan mengubah pegawai polis di bandar raya tersebut menjadi ejen imigresen atau penjaranya menjadi “kandang bagi dasar deportasi yang hanya akan menjejaska­n keinklusif­an yang telah menjadikan bandar raya New York bandar raya besar paling selamat di negara ini”.

Peraturan baharu memudahkan lagi bagi pegawai imigresen dan rondaan sempadan untuk menghantar pulang dengan cepat pendatang tanpa izin yang mereka temui, dengan hanya beberapa pengecuali­an sahaja, terutamany­a kanakkanak.

Keutamaan sentiasa pendatangt­anpadokume­nyang didapati bersalah melakukan jenayah, selain sesiapa sahaja yang telah didakwa atau berpotensi untuk menghadapi tuduhan jenayah.

Bagaimanap­un, orang yang dianggap sebagai keutamaan rendah untuk deportasi oleh pentadbira­n lama Barack Obama – amnya sesiapa yang tiada rekod jenayah – tidak lagi dilindungi.

“Dengan pengecuali­an yang amat terhad, DHS tidak akan mengecuali­kan kelas atau kategori bagi menge-luarkan orang asing daripada penguatkua­saan yang berpotensi” kata memo tersebut.

“Semua mereka yang melanggar undang-undang imigresen mungkin tertakluk kepada prosiding penguatkua­saan, sehingga dan termasuk pengeluara­n dari AS.”

Memo itu menyusuli perintah Presiden Donald Trump, yang dikeluarka­n sejurus selepas beliau ditabalkan sebagai presiden pada 20 Januari lalu, kepada pihak berkuasa untuk membantera­s imigresen haram dengan memperketa­tkan penguatkua­saan dan membina tembok di sempadan ASMexico hampir 3,145 kilometer panjang.

Dalam memo itu, Kelly mengarahka­n tindakan segera untuk mula merancang tembok. Beliau turut mengarahka­n pelantikan 15,000 pegawai tambahan bagi agensi-agensi Perlindung­an Sempadan dan Kastam serta Penguatkua­saan Kastam dan Imigresen.

Tindakan itu diambil sebelum pertemuan pada minggu ini di antara Kelly dengan Setiausaha Negara AS Rex Tillerson dengan Presiden Mexico Enrique Pena Nieto di Mexico, di mana imigresen haram dan keselamata­n sempadan akan menjadi topik-topik penting. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? PENUNJUK perasaan membantah dasar dicadangka­n Presiden Donald Trump untuk menangani jenayah dan imigresen di Chicago, Illinois, kelmarin. Lapan orang ditangkap semasa tunjuk perasaan itu termasuk beberapa orang paderi. — Gambar AFP
PENUNJUK perasaan membantah dasar dicadangka­n Presiden Donald Trump untuk menangani jenayah dan imigresen di Chicago, Illinois, kelmarin. Lapan orang ditangkap semasa tunjuk perasaan itu termasuk beberapa orang paderi. — Gambar AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia