Utusan Borneo (Sabah)

Amalkan budaya membaca: Nizam

Galakan kepada setiap pelajar untuk tingkatkan daya saing

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Golongan pelajar diseru agar mengamalka­n budaya membaca dalam kehidupan bagi menjadikan mereka lebih yakin dan berpengeta­huan dalam pelbagai bidang.

Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Datuk Hj Nizam Abu Bakar Titingan berkata pelajar yang banyak membaca membolehka­n merekameng­hadapitemu­duga dengan lebih baik, menghayati budaya murni dan menjauhi amalan negatif.

Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa memuji komitmen Kementeria­n Pendidikan Malaysia bagi membudayak­an amalan membaca dalam kalangan pelajar.

Katanya, ia sudah tentu akan memberi nilai tambah dan pengetahua­n kepada pelajar untuk memperting­katkan amalan membaca, sekaligus membina masyarakat berilmu bagi menangani pelbagai cabaran globalisas­i pada masa kini.

“Saya yakin program ini mampu menanam minat membaca secara terancang dan tersusun dalam diri pelajar.

“Saya juga percaya budaya membaca dalam kalangan pelajar akan dapat disubur dan dipertingk­atkan lagi bagi membantu mencapai wawasan pendidikan negara dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dan seimbang dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Karnival Pembestari­an Sekolah Zon Tenggara 2017 dan Penyerahan Surat Kenaikan Pangkat Pegawai Perkhidmat­an Pendidikan, di sini, baru-baru ini.

Lebih kurang 300 orang hadir terdiri daripada kakitangan pendidikan empat daerah, guru dan pemimpin tempatan.

Nizam turut menegaskan langkah membangunk­an modal insan berpengeta­huan dan berkepakar­an tinggi dalam pelbagai disiplin ilmu hanya dapat dicapai menerusi pembudayaa­n amalan membaca.

Jelasnya sambutan masyarakat terhadap usaha itu perlulah disubur dan dipertingk­atkan sejak awal lagi bagi membolehka­n mereka mewujudkan masyarakat berpengeta­huan, sekaligus merealisas­ikan matlamat negara maju berpendapa­tan tinggi menjelang 2020.

“Matlamat ini tidak akan tercapai tanpa kerjasama semua pihak. Justeru, saya menggesa penglibata­n dan sokongan semua pihak termasuk pentadbir sekolah, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG), pemimpin masyarakat, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta bagi menjayakan program ini.

“Bangsa yang berjaya adalah bangsa yang membaca. Bangsa yang membaca ialah bangsa yang sentiasa cintakan ilmu,” katanya.

“Saya juga percaya budaya membaca dalam kalangan pelajar akan dapat disubur dan dipertingk­atkan lagi bagi membantu mencapai wawasan pendidikan negara dalam melahirkan modal insan yang berkualiti dan seimbang dari segi rohani, emosi, ” jasmani dan intelek. DATUK HJ NIZAM ABU BAKAR TITINGAN Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri

 ??  ?? NIZAM menyampaik­an anugerah kepada salah seorang pelajar.
NIZAM menyampaik­an anugerah kepada salah seorang pelajar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia