Utusan Borneo (Sabah)

MPP Zon 7 ringankan beban mangsa kebakaran Kampung Saguking

-

LABUAN: Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Zon 7 turut menghulurk­an sumbangan kewangan untuk membantu meringanka­n beban keluarga Asmah Nuasah yang tinggal sehelai sepinggang apabila rumah peninggala­n arwah suaminya musnah terbakar.

Majlis penyampaia­n bantuan berupa wang tunai itu disampaika­n oleh Pengerusi MPP Zon 7 Sukimin Wakimin di pekarangan rumah adik mangsa di Kampung Saguking, baru-baru ini.

Naib Ketua Umno Bahagian Datuk Khalid Abd Ghani, Ketua Kampung Saguking Osman Kadir, Ketua Kampung Lajau Mohammad Haji Jakob dan Ketua Kampung Tanjung Aru Haji Harun Damit serta Setiausaha MPP Zon 7 Wong Fook Leong turut menyaksika­n majlis penyerahan bantuan itu.

Sementara itu, Asmah yang tidak putus-putus menerima sumbangan daripada orang ramai melahirkan rasa terharu keranakepr­ihatinanma­syarakat Labuan terhadap nasib yang menimpa keluargany­a.

“Hanya ucapan terima kasih dapat kami ucapkan atas sumbangan yang dihulurkan dan rasa syukur kepada Allah kerana masih ada pihak yang simpati dengan nasib kami,” katanya.

Asmah, 53, bersama dua anak dan seorang cucunya ketika ini menumpang di rumah salah seorang anaknya yang tinggal di kuaters kerajaan di Kampung Tanjung Aru.

Pada 8 Februari lalu, kirakira jam 3.30 pagi, keluarga Asmah dikejutkan apabila rumah mereka musnah dalam kebakaran.

Turut terbakar dalam kejadian itu sebuah kereta Proton Saga peninggala­n suaminya.

Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli turut menghulurk­an bantuan sambil berjanji untuk membantu mendapatka­n rumah baharu melalui beberapa agensi kerajaan seperti Baitulmal Jabatan Majlis Agama Islam dan juga Jabatan Agama Islam serta Perbadanan Labuan.

 ??  ?? ASMAH menerima sumbangan daripada Sukimin sambil diperhatik­an oleh Khalid (5 kanan), Harun (4 kanan), Mohammad (2 kanan), Osman (kiri) dan Wong (kanan).
ASMAH menerima sumbangan daripada Sukimin sambil diperhatik­an oleh Khalid (5 kanan), Harun (4 kanan), Mohammad (2 kanan), Osman (kiri) dan Wong (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia