Utusan Borneo (Sabah)

Lapan kumpulan muzik terkemuka Borneo gegarkan pentas

Pertanding­an Juara Kugiran Terbuka Limbangfm

-

SEBANYAK lapan kumpulan muzik terkemuka dari kepulauan Borneo termasuk dari Limbang, Brunei, Miri dan Labuan akan menggegark­an pentas Pertanding­an Juara Kugiran Terbuka Limbangfm sempena Program Sehati@RTM yang akan diadakan di Dataran Jubli Emas pada 25 dan 26 Februari (hujung minggu ini).

Ketua Bahagian Rancangan RTM Limbang yang juga penyelaras program Ahmad Drahman berkata program anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) itu diadakan dengan kerjasama Pejabat Residen bahagian Limbang.

Jelasnya selain Pertanding­an Juara Kugiran terbuka Limbangfm, pelbagai aktiviti lain diadakan termasuk pertanding­an aerodance, pertanding­an Karaoke Limbangfm Idol, Pertanding­an Mr Cilik, persembaha­n band, pertunjuka­n Mr Kreatif Lagi Unik Limbang, pameran aeromodell­ing, pameran dari agensi kerajaan dan swasta, gerai jualan dan sudut DJ Korner Studio Mini Limbangfm.

“Program Sehati@ RTM berkonsepk­an Rancangan Radio di Lokasi bermatlama­t memberi ruang para juruhebah dan kakitangan RTM Limbang turun padang untuk bertemu mesra dengan pendengar dan masyarakat,” katanya pada mesyuarat bersama agensi kerajaan di auditorium RTM Limbang kelmarin.

Turut sama ialah Timbalan Residen Bahagian Limbang Selamat Yati Yanjah.

Jelas Ahmad lagi program itu satu pendekatan efektif untuk turun padang bertemu masyarakat untuk memberi maklumat secara terus dan bersemuka.

“Program itu merupakan platform bagi RTM untuk menyampaik­an perkhidmat­an secara terus kepada rakyat melalui pelbagai acara yang akan diadakan,” tambah beliau.

Program di bawah naungan Menteri Muda Kebajikan dan Kesejahter­aan Komuniti yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Kota Dr Abdul Rahman Ismail diadakan untuk menjalin hubungan kerjasama dengan agensi, badan badan korporat dan swasta melalui penglibata­n dalam aktiviti yang dianjurkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia