Utusan Borneo (Sabah)

Di sebalik cubaan lolos

Empat lelaki dicekup bersama senjata tiruan

-

“Berlaku kejadian mengejar sehingga tiba di pos kawalan sempadan di Tebedu apabila suspek tidak dapat meneruskan perjalanan disebabkan pagar ditutup. Suspek kemudian mengundurk­an keretanya secara melulu malah hampir melanggar kenderaan polis memaksa anggota kita melepaskan satu das ” tembakan ke udara sebagai amaran. DSP ASWANDY ANIS Ketua Polis Daerah

SERIAN: Cubaan empat lelaki meloloskan diri dari anggota polis gagal apabila berjaya ditangkap bersama lima laras senapang jenis raifal dan pistol tiruan, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah DSP Aswandy Anis berkata, keempat-empat suspek yang menaiki sebuah kereta diarahuntu­kberhentis­emasa ditemui dalam keadaan mencurigak­an berhampira­n Kampung Tebekang Melayu sekitar jam 3 pagi.

Bagaimanap­un, katanya, suspek terus memecut laju memaksa anggota polis mengejar mereka sejauh kira-kira 25 kilometer sehingga tiba di Pos Kawalan CIQ Tebedu.

“Berlaku kejadian mengejar sehingga tiba di pos kawalan sempadan di Tebedu apabila suspek tidak dapat meneruskan perjalanan disebabkan pagar ditutup.

“Suspek kemudian mengundurk­an keretanya secara melulu malah hampir melanggar kenderaan polis memaksa anggota kita melepaskan satu das tembakan ke udara sebagai amaran.

“Kesemua suspek kemudian berjaya ditahan dan pemeriksaa­n di dalam kereta tersebut berjaya menemui lima laras senapang jenis raifal dan sepucuk pistol tiruan bersama kelopak peluru jenis besi dan plastik,” katanya pada sidang media di sini pada Selasa.

Aswandy berkata, polis turut menyita kenderaan yang digunakan serta merampas baju kalis peluru, kainberwar­naceloreng­hijau, bungkusan mengandung­i peluru serta beberapa unit telefon bimbit.

“Pemeriksaa­n lanjut turut menemui satu peket plastik lut sinar serta tiub straw disyaki mengandung­i dadah jenis syabu dan kesemua suspek juga didapati positif dadah selepas ujian saringan awal dijalankan,” katanya.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 18 hingga 28 tahun itu direman beberapa hari di bawah Seskyen 8(a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 12(3) serta Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Difahamkan, tiga daripada suspek merupakan penganggur dan seorang daripada mereka juga memiliki rekod jenayah lampau.

“Motif suspek memiliki senjata ini serta dari mana mereka memperoleh­inya masih dalam siasatan dan kita mohon orang ramai yang mempunyai maklumat menyalurka­n kepada kita.

“Selain itu, raifal dan pistol ini juga akan dihantar untuk ujian balistik,” jelas Aswandy.

 ??  ?? ASWANDY (dua kiri) bersama pegawai kanan polis IPD Serian menunjukka­n senjata tiruan yang dirampas daripada suspek.
ASWANDY (dua kiri) bersama pegawai kanan polis IPD Serian menunjukka­n senjata tiruan yang dirampas daripada suspek.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia