Utusan Borneo (Sabah)

Kerjasama kawalan sempadan M’sia-Indonesia diperkukuh

S’wak bakal mempunyai satu lagi pusat kawalan pos sempadan iaitu Batu Lintang di Engkilili

-

“Setakat

ini kita ada lima pos kawalan sempadan dengan kerjasama Sarawak (Malaysia) dan Kalimantan Barat (Indonesia) iaitu Tebedu-Entikong, Serikin-Jagoi Babang, Lubok Antu-Badau dan ” Biawak-Aruk. BRIGEDIER JENERAL WIDODO IRYANSYAH Komando Resor Militer 121 TNI Alam Bhanna Wannawai

KUCHING: Sarawak bakal mempunyai satu lagi pusat kawalan pos sempadan iaitu Batu Lintang di Engkilili bagi memperkuku­hkan lagi kerjasama kawalan sempadan antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Tentera Nasional Indonesia (TNI).

Komando Resor Militer 121 TNI Alam Bhanna Wannawai Brigedier Jeneral Widodo Iryansyah berkata, kerjasama perbatasan itu melibatkan jalan masuk dari Batu Lintang di Engkilili dan Desa Jasa di daerah Senaning di Kalimantan Barat, Indonesia.

“Setakat ini kita ada lima pos kawalan sempadan dengan kerjasama Sarawak (Malaysia) dan Kalimantan Barat (Indonesia) iaitu Tebedu-Entikong, Serikin-Jagoi Babang, Lubok Antu-Badau dan Biawak-Aruk.

“Kita bakal menambah satu lagi kerjasama antarabang­sa dalam kawalan sempadan melalui penubuhan pos kawalan sempadan iaitu di Batu Lintang-Desa Jasa (Kalimantan Barat, Indonesia) dan pos ini diwujudkan atas kesepakata­n kedua-dua pihak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Majlis Bilateral Tentera Darat Malaysia (TDM) dan TNI dan Mesyuarat Unit Komader (UCM) 2017 yang dihadiri Panglima 3 Briged Infantri Brigedier Jeneral Mohd Bustaman Mat Zin di Markas 3 Briged di Kem Penrissen di sini, pada Selasa.

Menurut Widodo ia merupakan kerjasama antarabang­sa baharu bagi kedua-dua pihak dalam usaha mengekang lagi isu penyeludup­an dari kedua negara.

“Kita di TNI amat komited untuk menjaga keselamata­n di perbatasan antara kedua-dua negara dan berharap kerjasama seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

“TNI dan TDM perlu lebih agresif untuk menangani masalah perbatasan terutama barangan seludup atau rampasan daripada kedua-dua pihak,” katanya.

Sementara itu Bustaman dalam ucapannya berharap UCM kali ini akan menumpukan beberapa isu penting termasuk aktiviti gotong-royong di Indonesia dan Jiwa Murni yang sama-sama dilaksanak­an secara kerjasama TDM dan TNI di kedua-dua negara.

“Kita berharap misalnya aktiviti gotong-royong dan Jiwa Murni ini mendapat penyertaan yang lebih besar daripada kedua-dua pihak agar ia memberi impak lebih besar kepada mereka yang mendapat bantuan.

“Mungkin dalam 50 anggota TNI dan 50 anggota TDM, yang bekerjasam­a dalam aktiviti sebegini selain merancang dan menyelaras program dengan lebih awal untuk kelancaran,” katanya.

Bustaman menegaskan bagi aktiviti lain di bawah kerjasama TDM-TNI lain, selain daripada rondaan iaitu Program Anak Asuh jugadihara­pkanpenyer­taandengan melibatkan daripada Divisyen, supaya ia lebih menyeluruh.

Selain itu kata beliau, bagi aktiviti dua hala di kalangan tentera iaitu sukan dan keagamaan juga harus dipertimba­ngkan dengan mengesyork­an jadual lebih formal supaya teratur selain dilaporkan secara rasmi.

“Kita juga berharap akan dapat bertukar maklumat bersama pihak rakan dari TNI terutama berkaitan rampasan atau tangkapan bagi memudahkan kita mengetahui modus operandi yang digunakan,” katanya.

 ??  ?? WIDODO (dua kiri) diiringi Bustaman (kiri) menerima tabik hormat daripada anggota TDM yang menyambut ketibaanny­a di Markas 3 Briged di Kem Penrissen, Kuching.
WIDODO (dua kiri) diiringi Bustaman (kiri) menerima tabik hormat daripada anggota TDM yang menyambut ketibaanny­a di Markas 3 Briged di Kem Penrissen, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia