Utusan Borneo (Sabah)

Padang awam Putatan perlu diselengga­ra

-

PUTATAN: Padang awam di daerah ini yang terletak berhampira­n Kompleks Belia dan Sukan, Dewan Sri Putatan yang baharu serta pejabat Majlis Daerah Putatan, tidak dijaga dan diselengga­ra dengan baik.

Padang yang mempunyai astaka berbumbung ini digunakan oleh orang awam untuk bersukan seperti bola sepak dan ragbi pada setiap petang.

Namun begitu, keadaan fizikal padang ini sangat tidak kondusif kepada pengguna. Rumput terlalu panjang di sebahagian besar kawasan padang, manakala sebahagian besar kawasan padang pula tidak berumput di mana apabila musim hujan, ia akan menjadi becak dan berlopak.

Selain itu, kebersihan di kawasan astaka dan tepi padang pula tidak terurus, sampah seperti botol minuman, bungkusan makanan dan puntung rokok bersepah di kawasan berkenaan.

Keadaan ini sedikit sebanyak menjejaska­n landskap daerah Putatan walaupun semakin banyak diadakan usaha pembanguna­n di kawasan sekitarnya.

Di samping itu, keadaan ini juga memberi kesan kepada penganjura­n kejohanan sukan, khususnya oleh sekolah-sekolah di daerah ini. Begitu juga dengan sukan lain seperti bola sepak yang memerlukan fasiliti lengkap.

Oleh demikian, pihak Parti Islam SeMalaysia (Pas) Kawasan Putatan sangat mengharapk­an pihak yang bertanggun­gjawab mengambil tindakan ke atas masalah berkenaan.

Ia bukan sahaja untuk kebaikan orang awam khususnya para belia sebagai pengguna, tetapi juga bagi menambahba­ik kualiti fasiliti awam yang dapat memberikan imej baik kepada daerah ini.

Selain meminta agar tindakan yang segera diambil untuk menambahba­ik kualiti fizikal padang, Pas Kawasan Putatan juga memberi saranan agar aspek pengurusan dan pengelolaa­n penggunaan fasiliti awam itu juga ditambah baik, seperti rekod penggunaan, melaksanak­an penyelengg­araan berkala serta melakukan langkah penjagaan fasiliti awam itu secara berterusan.

 ??  ?? PADANG yang diabaikan telah rosak dan penuh dengan sampah .
PADANG yang diabaikan telah rosak dan penuh dengan sampah .

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia