Utusan Borneo (Sabah)

Akuatik: Tiga murid SK Pantai raih emas

Kejohanan Akuatik MSS Labuan 2017

-

LABUAN: Tiga murid Sekolah Kebangsaan (SK) Pantai meraih 2 pingat emas, 2 perak dan 2 gangsa dalam Kejohanan Akuatik Majlis Sukan Sekolahsek­olah (MSS) Wilayah Persekutua­n Labuan kali ke-16 yang berlangsun­g di Kolam Renang Labuan Internatio­nal School (LIS) pada 9 hingga 12 Februari lalu.

Majlis penyampaia­n hadiah kejohanan yang berlangsun­g empat hari itu disempurna­kan oleh Ahli Parlimen Labuan Datuk Rozman Isli.

Menurut Guru Besar SK Pantai Mahani Hussien, tiga murid yang berjaya menaikkan nama sekolah di peringkat negeri itu adalah Nur Atiqatul Aaliyah Abdul Kahar yang mengutip 2 emas dalam acara terjun papan anjal 1 meter dan 3 meter.

Nur Atiqatul turut dinobatkan sebagai Penerjun Terbaik Perempuan 12 tahun.

Nur Azimatul Aaliyah meraih 1 pingat perak dalam acara terjun papan anjal 1 meter dan 2 gangsa dalam acara 50 meter gaya bebas dan 50 meter gaya lentang.

Manakala Awangku Hanif memperoleh 1 pingat perak dalam acara 100 meter gaya bebas.

Sementara itu, keluarga Abdul Kahar Abdul Rahim (Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Pantai) yang berasal dari Perak dan Dalilah Desa (Penolong Kanan Kokurikulu­m SK Membedai) yang berasal dari Kedah menerima Anugerah Khas Keluarga Aktif Akuatik daripada Datuk Rozman Isli.

“Enam orang anak Abdul Kahar semuanya bersekolah di SK Pantai. Mereka aktif dalam bidang kokurikulu­m malah cemerlang dalam akademik.

“Tahniah kepada Abdul Kahar dan keluarga yang telah berjaya mendidik anak-anak sehingga berjaya dan boleh dijadikan role model untuk semua warga SK Pantai,” katanya.

Mahani menyeru muridmurid di sekolah itu akan mengambil peluang bergiat aktif dalam sukan renang.

Turut hadir pada majlis penyampaia­n hadiah itu ialah Ketua Unit Sukan, Jabatan Pendidikan Labuan Awang Zain Awang Anak, Pengetua LIS Zainab Batin, Guru Besar SK Pekan Dua Awgku Chuchu Pg Md Yassin dan Pengerusi Teknik Akuatik Rahman Jaafar.

“Tiga murid yang berjaya menaikkan nama sekolah di peringkat negeri itu adalah Nur Atiqatul Aaliyah Abdul Kahar yang mengutip 2 emas dalam acara terjun papan anjal 1 meter ” dan 3 meter. MAHANI HUSSIEN Guru Besar SK Pantai

 ??  ??
 ??  ?? ROZMAN (kanan) menyampaik­an Anugerah Khas Keluarga Aktif Akuatik kepada Abdul Kahar Abdul Rahim dan Dalilah Desa.
ROZMAN (kanan) menyampaik­an Anugerah Khas Keluarga Aktif Akuatik kepada Abdul Kahar Abdul Rahim dan Dalilah Desa.
 ??  ?? ATIQATUL, Azimatul dan Awangku Hanif bergambar kenangan selepas menerima pingat di kolam renang LIS.
ATIQATUL, Azimatul dan Awangku Hanif bergambar kenangan selepas menerima pingat di kolam renang LIS.
 ??  ?? NUR Atiqatul menerima pingat emas daripada Mahani sambil diperhatik­an oleh Abdul Kahar.
NUR Atiqatul menerima pingat emas daripada Mahani sambil diperhatik­an oleh Abdul Kahar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia