Utusan Borneo (Sabah)

Usahawan muslimah disaran berani sahut cabaran

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Usahawan muslimah di negeri ini perlu lebih berani sahut cabaran bidang perniagaan untuk menempa kejayaan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata perkembang­an dunia keusahawan­an muslimah di Sabah semakin meningkat.

Sehubungan itu, katanya, golongan berkenaan perlu gigih dalam menerajui perniagaan masing-masing.

Menurutnya perniagaan khususnya yang melibatkan produk-produk keislaman juga antara pendekatan yang baik dalam berdakwah.

“Usahawan muslimah yang berniaga produk seperti tudung sebaiknya menjadikan bidang ini sebagai satu dakwah.

“Kerajaan sentiasa memberi sokongan kepada pengusaha yang berani menyahut cabaran dan gigih mencari jalan dalam berniaga.

“Kita turut menyediaka­n pelbagai bantuan seperti pemberian dana serta latihan untuk membantu usahawan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n pembukaan kedai The Hijab

World, di sini, kelmarin. Arifin berkata di peringkat Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) turut menyediaka­n prasarana yang sesuai untuk golongan peniaga seperti bazar.

Setakat ini jelasnya Masjid Bandaraya, Masjid Daerah Sandakan dan Masjid Bukit Padang ada menyediaka­n bazar.

“Tahun ini, satu lagi bazar dijangka dibuka di Masjid Negeri dengan kerjasama Jheains dan Sedcovest Holdings Sdn Bhd.

“Tapak untuk bazar ini sudah dikenal pasti dan sebanyak 40 gerai dan kiosk bakal didirikan di kawasan berkenaan.

“Ia mempunyai konsep yang sama sebagaiman­a bazar di masjid-masjid sebelum ini tetapi lebih menumpukan penjualan produk khazanah sepertikit­ab-kitabdanpa­kaian muslim bagi memudahkan masyarakat membuat rujukan,” jelasnya.

Pada majlis itu, Ketua Pegawai Eksekutif The Hijab

World Normah Mammad turut menyampaik­an sumbangan dana kepada tiga badan kebajikan di negeri ini.

Menurutnya sumbangan berkenaan adalah tanggungja­wab sosial korporat (CSR) pihaknya dalam membantu golongan yang memerlukan.

Sumbangan disampaika­n kepada Pusat Dalam Komuniti (PDK) Membakut sebanyak RM2,000, Hidayah Centre menerima RM5,000 dan Rumah Anak-Anak Yatim Membakut sebanyak RM3,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia